Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Wednesday, December 9, 2009

Jenayah Hudud

Hudud pada bahasa bermaksud menahan manakala istilah pula bermaksud seksaan yang telah ditetapkan oleh syarak. Hudud boleh dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu :
1) Zina
Iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan secara haram tanpa sebarang syubhah. Hukuman kepada pesalah zina pula terbahagi dua :
a) Zina Muhsan (sudah pernah berkahwin) : rejam sampai mati
b) Zina Ghaira Muhsan (tidak pernah kahwin) : sebat 100 kali dan dibuang negeri setahun
2) Qazaf ( Tuduh Zina)
Iaitu membuat tuduhan zina kepada orang yang baik. Jika sabit kesalahan qazaf, maka syarak menetapkan dua hukuman iaitu : hukuman sebat dan tidak diterima keahliannya sebagai saksi.
3) Meminum Arak
Iaitu meminum minuman tertentu dari bahan yang memabukkan samada diberi nama khamar atau memakai nama lain. Hukuman kepada pesalah meminum arak ialah sebatan sebanyak 40 kali sebatan.
4) Mencuri
Iaitu mengambil dengan cara sembunyi, dengan tidak mempunyai hak dari tempat simpanan dengan tanpa diamanahkan. Hukuman terhadap jenayah mencuri ialah potong tangan.
5) Menyamun
Iaitu menggunakan kekerasan dengan tujuan mengambil harta, membunuh dan menggangu ketenteraman awam. Hukuman terhadap jenayah ini ialah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal-balik atau dibuang negeri.
6) Memberontak
Iaitu menentang pemerintahan atau keluar daripada Imam dengan menggunakan kekuatan senjata secara kejam dan zalim. Apabila jenayah memberontak tercetus, maka hukuman yang ditetapkan syarak ialah perangilah golongan tersebut.
7) Murtad
Iaitu keluar daripada agama Islam. Jenayah ini boleh berlaku dengan niat, perkataan dan perbuatan seseorang mempersendakan agama dan sebagainya. Jika sabit murtad maka hukumannya bunuh selepas ia menolak untuk bertaubat.

Wednesday, December 2, 2009

Suasana Di Pasar Mae Klong Railway

Perniagaan berjalan di Pasar Mae Klong.

Kepala keretapi mula muncul. Atap gerai ditarik ke tepi.

Keretapi lalu betul-betul di bawah makanan yang dijual.

Seorang peniaga menunggu berlalunya keretapi.
Begini rutin seharian apabila keretapi muncul.
Tiada tempat selamatkah untuk berniaga lagi ??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...