
"Tuan guru nie ketinggalan zaman", bisik seorang kawan disebelahku. Aku cuma tersenyum. Kawan itu berpelajaran tinggi juga, kerja berpangkat dan dianggap kawasan setempat sebagai golongan intelektual.
"Bila datang mengajar, lagi-lagi soal sembahyang", rugut kawan itu lagi. "Tukarlah tajuk lain pulak.. bagaimana nak mencapai kemajuan dalam pelajaran ke ekonomi ke..".
Sebentar kemudian tuan guru bersuara lagi :"Orang-orang yang memenuhi ibadah lima waktu, imannya terhindar dari gejala maksiat. Jika umat Islam bersolat dalam ertikata sebenar-benarnya, umat Islam pasti akan maju".
"Betul jugak", kata hati kecilku tatkala melihat kawanku tadi terus gelisah. Ternyata dia benar-benar bosan dengan syarahan tok guru tadi.
Sambil mata aku terpejam dibuai mimpi, aku masih teringat kata-kata akhir tok guru malam itu. "Kalau betul-betul mahu mencapai apa jua kemajuan pembangunan dalam segala aspek, lebih dahulu umat Islam mestilah menegakkan 'tiang agama' iaitu sembahyang!".