Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.
Showing posts with label matahari. Show all posts
Showing posts with label matahari. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Matahari1

”Ahh panasnya matahari nie... terbakar kulit aku..” Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut-mulut manusia yang tidak pernah memikirkan kejadian matahari. Hatta kita sekali kadang-kadang tidak pernah mengkaji kelebihan matahari. Penting sangat ke matahari ini. Al-Quran menyatakan kepentingan matahari sehingga wujudnya surah as-Syam (Surah Matahari)

Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang - Surah as-Syam ayat 1

Dimulai dengan huruf lafaz sumpah yang bertujuan memberi ingatan kepada manusia agar merenung dan memikirkan kejadian matahari yang Allah sahaja yang mampu menjadikannya. Ayat ini mengajak kita memikirkan dua hal tentang matahari iaitu tentang keadaan matahari dan tentang keadaan cahaya matahari.

Menurut perkiraan para ahli bintang, sudah lebih lima juta tahun bumi terapung berputar seperti roda terbang laju mengelilingi matahari. Tenaga apakah yang menambat bumi dan tenaga apakah yang memutarkannya dengan laju dalam tempoh yang amat lama?

Kita mendapat tenaga daripada matahari dan tenaga matahari inilah yang mengikat bumi pada edarannya serta menjadikan bumi berputar ligat dan laju mengelilingi matahari secara tetap. Tenaga ini bergelar graviti. Tenaga inilah yang menambat bumi pada garis edarannya yang ada sekarang. Kalau tidak bumi ini akan hanyut entah ke mana di ruang angkasa yang luas ini.

Satu hal lagi adalah mengenai ”cahayanya (matahari) yang terang benderang” . Mata dapat melihat kerana ada cahaya matahari bagi menikmati keindahan alam syahadah yang juga hasil dari kuasa cahaya matahari. Dengan matahari juga manusia dapat bekerja dengan baik mencari keperluan hidup terutama yang bekerja di bawah sinar matahari, tubuh badan mereka dapat bertahan daripada bibit penyakit, boleh menolak kuman-kuman bahaya yang menyelinap masuk ke tubuh.

Matahari2

Tahukah anda panas matahari bertolak dari sumbernya pada suhu setinggi 6000 darjah celsius lalu melancarlah matahari selalui ruang yang jarak 149 setengah juta kilometer sampai di permukaan bumi. Ruang yang teramat lebar ini menyerah sebahagian demi sebahagian dari kepanasan cahaya yang dilontarkan matahari itu.

Cahaya itu untuk sampai ke bumi terpaksa melalui benteng tebal iaitu ruang atmosphera. Ibarat melalui batu saringan yang rapat, titik panas ini terpaksa menyelinap melalui ruang sempit ini dan dicapai oleh manusia sekadar 40 darjah celsius.


Suhu panas setinggi ini, amat amat menguntungkan manusia di bumi. Umpamanya berada di plenat Marikh, kita akan beku kedinginan kerana jauh dari matahari. Bumi kita boleh hidup kerana sinar dan suhu panas matahari ini. Pada suhu ini, berlaku metabolisme dalam tubuh badan kita iaitu persenyawaan dan penghuraian zat-zat kimia, bagi pembentukan molekul –molekul organik insaniah dari zat-zat yang masuk melalui makanan, minuman dan pernafasan.

Dengan demikian bermulalah sejarah hidup di permukaan bumi ini. Dalam perjalanan masa, jenis dan kesempurnaan makhluk hidup di tambah dengan hujan yang diproses juga oleh matahari, akhirnya bumi menjadi demikian ramai, indah dan permai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...