Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Wednesday, August 11, 2010

Bunga Pengubat Habbatul Sauda'

Bunga ini berasal dari sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.

Bunga ini boleh digunakan untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bunga ini dapat merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bunga ini berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, menyebutkan bahawa bunga ini dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Bunga apa ini...?

Bunga Habbatus Sauda'

Puasa : Pendapat Pakar Perubatan

Variati makanan di bazaar Ramadhan


Ahh… sakit lak perut aku nie lepas berbuka tadi… Bukannya aku makan banyak pun… Mi kari dengan mutabak aje.. Apasal lak perut aku nie memuls-mulas nie.. Demikian la senario yang berlaku apabila berbuka. Kadang-kadang mengganggu ibadah yang lain seperti solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.
Menurut Imam al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, perut ialah sumber segala nafsu dan tempat bercambah penyakit dan bencana. Nafsu makan yang berlebihan menimbulkan gelora seks dan gelora seks mencetuskan kegilaan pangkat dan harta.
Nabi Allah Adam dan Hawa meninggalkan syurga kerana nafsu perut apabila mereka memutuskan untuk mencuba buah Khuldi menyebabkan mereka berdua berpindah ke dunia ini. Dunia perubatan hari ini mengiktirafkan puasa sebagai sumbangan bagi mengubat penyakit. Kebanyakkan klinik menjadikan menahan diri dari makan dan minum, sebagai rawatan untuk membuang sisa makanan yang lebih dari keperluan tubuh dan melesukan anggota dengan tidak menimbulkan kesan buruk kepada anggota badan.
Menurut Dr. R.G. Wiliams seorang pakar perubatan Akademi Kebangsaan Amerika Syarikat, pesakit kancer misalnya hanya perlu memperbaiki makan minum sebagai usaha yang paling baik bagi menghindari serangan kancer.
Dr. Alexis pula pernah berkata,”Pada peringkat awal penyekatan makanan menimbulkan rasa lapar dan melemahkan badan. Tetapi selepas itu beberapa fenomena tersembunyi yang jauh lebih mustahak. Zat gula di dalam hati bergerak disertai oleh lemak yang tersimpan di bawah kulit, protein-protein otot, kalenjar dan sel-sel hati. Anggota-anggota ini mengorbankan bahan-bahan tertentu bagi kesempurnaan jasmani dan jantung”.
Usus merupakan salah satu ”lubang busuk” yang banyak menyimpan kuman dan cacing-cacing yang merbahaya. Puasa dapat memberi kerehatan kepada sistem penghadaman dan mengurangkan pembiakan kuman-kuman sekaligus mengurangkan kecergasan kuman untuk lebih menular.
Dr. Robert Bartholo pernah mengatakan ”tidak syak lagi puasa adalah satu-satu cara berkesan melenyapkan mikro-mikro kerana mengandungi unsur-unsur penghapusan sel pengidap”.
Sekarang pakar ilmu kesihatan moden menganjurkan setiap orang yang meningkat dewasa wajib berpuasa sekurang-kurangnya satu hari seminggu atau seminggu sebulan dan yang lebih baik berpuasa sebulan dalam setahun. Ini kerana manusia acapkali mengidap penyakit ’septik fokus’ yang terjadi dalam tubuh badan dan mengalir lelehannya ke dalam darah.
Wallaua'lam

Tuesday, August 3, 2010

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Barisan Kepimpinan

Aku seorang pemimpin..!!!

Samada seseorang itu mufti, kadi, menteri, YB, penghulu ataupun sebarang kerja yang menjadikan seseorang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya, maka Islam mensyarat dengan syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing yang telah diijmak ulamakkan mengenainya. Di antaranya :
1. Muslim, akal baligh dan lelaki
2. Adil – tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, tidak menyalahi katanya akan perbuatannya, tidak menyalahi kitabuAllah dan sunnah nabinya.
3. Berilmu – mengetahui perkara fardu ain dan fardu kifayah, membezakan di antara perkara mungkar dan yang maaruf, mengetahui perkara berkaitan kepimpinan.
4. Mempunyai kudrat – boleh bertindak menyelesaikan urusan menggunakan segala kemahiran di dalam suasana apa pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam – memberi contoh teladan akhlak Islam ataupun terkumpul dalam diri sifat terpuji dan jauh dari sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Barangkali tidak mencukupi dengan penyelesaian melalui syarat asas sahaja kerana mana-mana pimpinan sekali pun selayaknya digelar pemimpin muslim sejati apabila dapat melalui ciri-ciri tersebut :
1. Beriman dan adil
2. Mengenali dakwah
3. Mengenali jiwa
4. Perhatian kepada orang bawahan
5. Teladan yang baik
6. Pandangan yang tajam
7. Kemahuan dan kekuatan
8. Hikmah dan matang dalam tindakan
9. Optimisme
10. Mengamalkan syura
11. Kombinasi nilai umara’ dan ulama’
12. Daya tarikan semulajadi

Bagi membina ciri-ciri di atas, tiga perkara di bawah perlu dibentuk dalam diri setiap pemimpin iaitu :
1. Kebersihan jiwa dan rohani
2. Kesihatan badan dan kekuatannya
3. Keupayaan mental dan pemikiran

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang besar peranan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Mudah-mudahan amanah yang dipegang menjadi amal soleh yang akan diberi ganjaran setimpal dari Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...