Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Tuesday, October 19, 2010

Udang dan Gaut

Penyakit gout ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan yang mana produksinya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin berprotein tinggi.

Contohnya, makanan laut (udang, ketam, sotong, dan sebagainya) dan daging merah seperti daging lembu dan kambing disertakan juga dengan gangguan pada perkumuhan asid urik dari badan, mengakibatkan penyakit gout atau berlebihan asid urik dalam badan.

Tidak kesemua makanan yang berprotein meninggikan risiko gout seperti ikan dan telur ayam, akan tetapi harus diingat bahawa gout menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.

Terdapat kajian yang menunjukkan seseorang yang makan daging merah secara berlebihan meninggikan risiko mendapat gout pada kadar 40 peratus dan bagi mereka yang mengambil makanan laut berlebihan (selain ikan) risikonya meningkat kepada 50 peratus untuk mendapat gout.

Dalam kajian yang sama juga menunjukkan pengambilan sayur-sayuran seperti kekacang termasuk kacang pis, bunga kubis, bayam dan cendawan tiada kaitan dengan risiko mendapat gout dan tiada kontraindikasi untuk mengambil susu rendah lemak oleh pesakit gout.

Secara lanjut berkenaan diet gout, berjumpalah dengan pakar dietetik yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil purin berprotein tinggi seperti yang telah disebutkan di atas secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan dan pesakit juga dinasihatkan agar meminum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik asid dari badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan/dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak, dan purin adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rawatan gout, silalah berjumpa dengan pakar perubatan anda dan berbincang dengan pakar dietetik mengenai diet yang sesuai untuk pesakit gout.

Disediakan oleh Pakar Bedah Ortopedik dan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMSC), Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar



Dari petikan ahmadtaufik.wordpress.com

Tuesday, October 12, 2010

Mengapa mereka putar belit?

"Ko tau takkan dulu yahudi susah nak menjejakkan kaki di bumi kita, tapi la nie yahudi telah masuk bukan sahaja di negara kita tetapi dah masuk ke rumah kita..." kata Mamat. "Ahh... mana ada.. tipu je semua tuu.." sergah Ezhan.

Mengapa orang Islam menolak maklumat baru tentang serangan yahudi kuffar terhadap Islam?
Ia berlaku barangkali atas sebab-sebab berikut :

1. Dari sudut pandangan, psikologi, maklumat ini bukan senang untuk ditelan. Seseorang yang tidak boleh menerima maklumat sebegini, akan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Otak mereka tahu bahawa maklumat yang diberikan itu akan memaksa otak untuk menyusun semula dan memprogram semula beberapa maklumat tertentu yang telah dikumpulkan sepanjang hayat. Otak mereka akan melawannya. Dan oleh sebab ia memerlukan daya usaha yang tinggi untuk melawan maklumat ini, cara paling baik untuk mengelakkan usaha sedemikian adalah dengan menolaknya.

2. Sebab kedua berdepan dengan masalah kesombongan. Oleh sebab kesombongannya, dia akan melawan kamu dan juga maklumat kamu kerana dia merasa yang apa yang dia percaya adalah lebih benar dari apa yang dikatakan oleh kamu. Mereka tidak boleh menerima bahawa kamu berkemungkinan menemui maklumat benar yang mereka tidak temukan sebelum ini. Dan oleh kerana mereka mahu melindungi maruah mereka, mereka menolak maklumat-maklumat kamu.

3. Pada kebanyakkan kes, orang itu terlalu selesa dengan kehidupan mereka yang pantas sehingga mereka tidak mahu mengubah cara hidup mereka. Mereka juga tidak mahu menghiraukan apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Mereka terlalu pentingkan diri mereka sendiri.

4. Kebanyakkan mereka tidak bersedia untuk menerima kebenaran. Dan kebanyakkan mereka sudah terbiasa dengan sistem ini sehinggakan mereka sanggup menggadai nyawa untuk melindunginya.

5. Mereka percaya akan nilai suara sistem itu. Ia telah menjadi penentu abadi kepada kehidupan mereka. Apakah suara itu? Itulah MEDIA. Apa yang ditonjolkan dan ditayangkan dipercayai hidup-hidup sedangkan ia hanyakan lakonan semula perkara-perkara yang tidak menjelikkan, manakala yang terselindung, terjelik dan tersirat terus diselindungkan.

Tuesday, September 21, 2010

Pujian Orang Asing Terhadap Muhammad

Beliau bermula dari bawah sehingga akhirnya berjaya mencapai satu matlamat yang cukup agung agar Islam terbina di muka bumi ini. Gerakan dan hasrat beliau telah diabadikan di dalam al-Quran, dihuraikan dalam kitab-kitab hadith dan dijelaskan dalam buku-buku karangan sarjana Islam dan bukan Islam.
Telah dibuktikan bahawa tiada seorang tokoh pun di dunia yang paling banyak ditulis oleh orang dari dahulu sehingga sekarang selain dari Nabi Muhammad s.aw. Demikian adalah beberapa petikan ringkas beberapa orang penulis terkemuka bukan Islam di seluruh dunia.
Thomas Carlyle melalui bukunya ‘Hero and Hero Worship’ mencatatkan : “Kelahiran Muhammad adalah kelahiran cahaya yang mengusir segala kegelapan”.
Sir Willian Muir dalam kitabnya ‘The Life of Muhamad’ menulis : “Tidak ada waktu yang lebih sukar dan lebih sulit untuk memperbaiki masyarakat dari waktu Muhammad lahir. Namun demikian, kita belum mengetahui sesuatu hasil perjuangan yang beroleh kejayaan dan lebih beroleh kemenangan melainkan seperti yang telah tercapai oleh Muhammad menjelang wafatnya”.
Leonard pula menulis dengan lagu yang memuji Muhammad dengan berkata : “Apabila di bumi ini ada orang yang telah berbuat ikhlas kepada Allah dan memfanakan dirinya berkhidmat kepada Allah dengan maksud-maksud yang amat mulia, dengan pembelaan yang sebesar-besarnya, maka orang itu ialah Muhammad Rasulullah”.
Sebuah kitab iaitu Encyclopedia Britannica, kita membaca tentang Muhammad saw. sebegini : “Muhammad telah bertemu dengan kemenangan yang tidak pernah diperoleh seorang nabi mana jua sebelum beliau, juga dari reformer agama yang mana jua pada segala masa”.
Demikianlah banyaknya pujian orang asing terhadap Nabi Muhammad saw. Maka pujian dan sanjungan dari umatnya sendiri tentulah seharusnya lebih besar dan lebih bererti lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Bunga Pengubat Habbatul Sauda'

Bunga ini berasal dari sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.

Bunga ini boleh digunakan untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bunga ini dapat merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bunga ini berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, menyebutkan bahawa bunga ini dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Bunga apa ini...?

Bunga Habbatus Sauda'

Puasa : Pendapat Pakar Perubatan

Variati makanan di bazaar Ramadhan


Ahh… sakit lak perut aku nie lepas berbuka tadi… Bukannya aku makan banyak pun… Mi kari dengan mutabak aje.. Apasal lak perut aku nie memuls-mulas nie.. Demikian la senario yang berlaku apabila berbuka. Kadang-kadang mengganggu ibadah yang lain seperti solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.
Menurut Imam al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, perut ialah sumber segala nafsu dan tempat bercambah penyakit dan bencana. Nafsu makan yang berlebihan menimbulkan gelora seks dan gelora seks mencetuskan kegilaan pangkat dan harta.
Nabi Allah Adam dan Hawa meninggalkan syurga kerana nafsu perut apabila mereka memutuskan untuk mencuba buah Khuldi menyebabkan mereka berdua berpindah ke dunia ini. Dunia perubatan hari ini mengiktirafkan puasa sebagai sumbangan bagi mengubat penyakit. Kebanyakkan klinik menjadikan menahan diri dari makan dan minum, sebagai rawatan untuk membuang sisa makanan yang lebih dari keperluan tubuh dan melesukan anggota dengan tidak menimbulkan kesan buruk kepada anggota badan.
Menurut Dr. R.G. Wiliams seorang pakar perubatan Akademi Kebangsaan Amerika Syarikat, pesakit kancer misalnya hanya perlu memperbaiki makan minum sebagai usaha yang paling baik bagi menghindari serangan kancer.
Dr. Alexis pula pernah berkata,”Pada peringkat awal penyekatan makanan menimbulkan rasa lapar dan melemahkan badan. Tetapi selepas itu beberapa fenomena tersembunyi yang jauh lebih mustahak. Zat gula di dalam hati bergerak disertai oleh lemak yang tersimpan di bawah kulit, protein-protein otot, kalenjar dan sel-sel hati. Anggota-anggota ini mengorbankan bahan-bahan tertentu bagi kesempurnaan jasmani dan jantung”.
Usus merupakan salah satu ”lubang busuk” yang banyak menyimpan kuman dan cacing-cacing yang merbahaya. Puasa dapat memberi kerehatan kepada sistem penghadaman dan mengurangkan pembiakan kuman-kuman sekaligus mengurangkan kecergasan kuman untuk lebih menular.
Dr. Robert Bartholo pernah mengatakan ”tidak syak lagi puasa adalah satu-satu cara berkesan melenyapkan mikro-mikro kerana mengandungi unsur-unsur penghapusan sel pengidap”.
Sekarang pakar ilmu kesihatan moden menganjurkan setiap orang yang meningkat dewasa wajib berpuasa sekurang-kurangnya satu hari seminggu atau seminggu sebulan dan yang lebih baik berpuasa sebulan dalam setahun. Ini kerana manusia acapkali mengidap penyakit ’septik fokus’ yang terjadi dalam tubuh badan dan mengalir lelehannya ke dalam darah.
Wallaua'lam

Tuesday, August 3, 2010

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Barisan Kepimpinan

Aku seorang pemimpin..!!!

Samada seseorang itu mufti, kadi, menteri, YB, penghulu ataupun sebarang kerja yang menjadikan seseorang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya, maka Islam mensyarat dengan syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing yang telah diijmak ulamakkan mengenainya. Di antaranya :
1. Muslim, akal baligh dan lelaki
2. Adil – tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, tidak menyalahi katanya akan perbuatannya, tidak menyalahi kitabuAllah dan sunnah nabinya.
3. Berilmu – mengetahui perkara fardu ain dan fardu kifayah, membezakan di antara perkara mungkar dan yang maaruf, mengetahui perkara berkaitan kepimpinan.
4. Mempunyai kudrat – boleh bertindak menyelesaikan urusan menggunakan segala kemahiran di dalam suasana apa pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam – memberi contoh teladan akhlak Islam ataupun terkumpul dalam diri sifat terpuji dan jauh dari sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Barangkali tidak mencukupi dengan penyelesaian melalui syarat asas sahaja kerana mana-mana pimpinan sekali pun selayaknya digelar pemimpin muslim sejati apabila dapat melalui ciri-ciri tersebut :
1. Beriman dan adil
2. Mengenali dakwah
3. Mengenali jiwa
4. Perhatian kepada orang bawahan
5. Teladan yang baik
6. Pandangan yang tajam
7. Kemahuan dan kekuatan
8. Hikmah dan matang dalam tindakan
9. Optimisme
10. Mengamalkan syura
11. Kombinasi nilai umara’ dan ulama’
12. Daya tarikan semulajadi

Bagi membina ciri-ciri di atas, tiga perkara di bawah perlu dibentuk dalam diri setiap pemimpin iaitu :
1. Kebersihan jiwa dan rohani
2. Kesihatan badan dan kekuatannya
3. Keupayaan mental dan pemikiran

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang besar peranan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Mudah-mudahan amanah yang dipegang menjadi amal soleh yang akan diberi ganjaran setimpal dari Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...