Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Thursday, May 27, 2010

Haji Mabrur atau Maberuk















Seorang penjual susu bercita-cita ingin menunaikan haji ke Mekah. Dia bekerja dengan rajin dan untungnya disimpan dengan baik sehingga cukuplah wangnya untuk naik haji. Dengan penuh gembira dia pun pergilah ke Mekah tetapi bukan menaiki kapal terbang maupun kapal laut bahkan berjalan kaki ikut darat kerana negerinya tidak beberapa jauh dari tanah suci itu.

Pendek kata, macam-macam yang dinaiknya kadang-kadang naik kuda, naik unta dan kadang-kadang mengikut kafilah yang ditemunya. Pada suatu hari matahari panas terik, penjual susu berjalan seorang diri lalu ternampak sebatang pokok yang rendang. Dia bergegas ke pokok itu yang teduh dan mengalir di tepinya anak sungai yang dalam airnya.

Setelah minum, dia bersolat zohor dan terasa mengantuk lalu melihat ke kiri dan kanan tiada apa-apa, fikirnya tiada manusia dia pun terlena. Penjual susu itu tidak menyedari di atas pokok ada seekor beruk. Ketika dilihatnya ada orang tidur terlentang di bawah pokok, dia turun. Mula-mula di kelilingi orang itu dengan takut. Makin lama beruk itu makin berani, diperiksanya tubuh penjual susu itu.

Tiba-tiba dijumpai pundi duit orang itu lalu ditimang-timangnya dengan penuh keseronokan. Kerana ditimang-timang, duit itu bedering-dering dan tali pengikatnya terbuka. Tiba-tiba penjual susu itu terjaga lalu terus menyeluk sakunya. Pucat lesi mukanya seketika. Terdengar bunyi berdering-dering di atas pokok. Dia mendongak ke atas. Oh.. pundi duitnya berada di tangan beruk. Hendak dipanjat pokok, tentu sia-sia sahaja kerana beruk cukup tangkas di atas pokok. Hendak dibaling, takut duitnya dibawa lari.

Tiada jalan lain lalu penjual susu itu pun menadah tangan kepada beruk itu seperti pengemis. Mulutnya memujuk beruk itu dengan suara yang lemah lembut. Tetapi sayang, dikeluarkannya satu dinar dari pundi itu lalu dilemparkan ke tangan penjual susu itu. Penjual susu itu sangat gembira. Disangkanya berjaya memujuk beruk itu. Rupa-rupanya dinar yang kedua dilemparnya ke sungai berhampiran. Celuppp terdengar air berkocak.

Begitulah terus menerus beruk itu berbuat begitu. Setelah melemparkan satu dinar kepada penjual susu, maka giliran berikutnya dilemparkannya ke dalam sungai. Penjual susu mengeluarkan peluh sejuk dan tidak berbuat apa-apa. Hanya berserah kepada tuhan.

Akhirnya isi pundi duitnya habis. Duit si penjual susu itu betul-betul macam dibahagi dua. Separuh kembali kepada tuannya dan separuh lagi hilang di dalam sungai. Pun begitu penjual susu tetap meneruskan perjalanannya ke Mekah menunaikan haji. Sepanjang perjalanan peristiwa itu terngiyang-ngiyang di fikirannya.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Seluruh tubuhnya mengeletar kerana takut. Dia merebahkan badannya ke tanah. Bersujud kepada Allah meminta keampunan.

Dahulu ketika dia menjual susu, setiap hari dia menipu orang. Setengah botol susu asli dicampurnya dengan setengah botol air. Dan rupa-rupanya Allah bermaksud untuk membersihkan duit yang hendak digunakan untuk beribadah menunaikan haji dengan jalan menyisihkan duit haram yang separuhnya ke dalam air. Ya, duit asal dari air, kembali ke air juga. Kata yang empunya cerita maka jadilah penjual susu itu seorang haji MABRUR kerana seekor BERUK.

Wednesday, May 26, 2010

Matahari1

”Ahh panasnya matahari nie... terbakar kulit aku..” Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut-mulut manusia yang tidak pernah memikirkan kejadian matahari. Hatta kita sekali kadang-kadang tidak pernah mengkaji kelebihan matahari. Penting sangat ke matahari ini. Al-Quran menyatakan kepentingan matahari sehingga wujudnya surah as-Syam (Surah Matahari)

Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang - Surah as-Syam ayat 1

Dimulai dengan huruf lafaz sumpah yang bertujuan memberi ingatan kepada manusia agar merenung dan memikirkan kejadian matahari yang Allah sahaja yang mampu menjadikannya. Ayat ini mengajak kita memikirkan dua hal tentang matahari iaitu tentang keadaan matahari dan tentang keadaan cahaya matahari.

Menurut perkiraan para ahli bintang, sudah lebih lima juta tahun bumi terapung berputar seperti roda terbang laju mengelilingi matahari. Tenaga apakah yang menambat bumi dan tenaga apakah yang memutarkannya dengan laju dalam tempoh yang amat lama?

Kita mendapat tenaga daripada matahari dan tenaga matahari inilah yang mengikat bumi pada edarannya serta menjadikan bumi berputar ligat dan laju mengelilingi matahari secara tetap. Tenaga ini bergelar graviti. Tenaga inilah yang menambat bumi pada garis edarannya yang ada sekarang. Kalau tidak bumi ini akan hanyut entah ke mana di ruang angkasa yang luas ini.

Satu hal lagi adalah mengenai ”cahayanya (matahari) yang terang benderang” . Mata dapat melihat kerana ada cahaya matahari bagi menikmati keindahan alam syahadah yang juga hasil dari kuasa cahaya matahari. Dengan matahari juga manusia dapat bekerja dengan baik mencari keperluan hidup terutama yang bekerja di bawah sinar matahari, tubuh badan mereka dapat bertahan daripada bibit penyakit, boleh menolak kuman-kuman bahaya yang menyelinap masuk ke tubuh.

Matahari2

Tahukah anda panas matahari bertolak dari sumbernya pada suhu setinggi 6000 darjah celsius lalu melancarlah matahari selalui ruang yang jarak 149 setengah juta kilometer sampai di permukaan bumi. Ruang yang teramat lebar ini menyerah sebahagian demi sebahagian dari kepanasan cahaya yang dilontarkan matahari itu.

Cahaya itu untuk sampai ke bumi terpaksa melalui benteng tebal iaitu ruang atmosphera. Ibarat melalui batu saringan yang rapat, titik panas ini terpaksa menyelinap melalui ruang sempit ini dan dicapai oleh manusia sekadar 40 darjah celsius.


Suhu panas setinggi ini, amat amat menguntungkan manusia di bumi. Umpamanya berada di plenat Marikh, kita akan beku kedinginan kerana jauh dari matahari. Bumi kita boleh hidup kerana sinar dan suhu panas matahari ini. Pada suhu ini, berlaku metabolisme dalam tubuh badan kita iaitu persenyawaan dan penghuraian zat-zat kimia, bagi pembentukan molekul –molekul organik insaniah dari zat-zat yang masuk melalui makanan, minuman dan pernafasan.

Dengan demikian bermulalah sejarah hidup di permukaan bumi ini. Dalam perjalanan masa, jenis dan kesempurnaan makhluk hidup di tambah dengan hujan yang diproses juga oleh matahari, akhirnya bumi menjadi demikian ramai, indah dan permai.

Wednesday, May 19, 2010

GURINDAM 12

GURINDAM 1

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

GURINDAM 2
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

GURINDAM 3
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi

Sunday, May 9, 2010

HABBATUL SAUDA’ @ BARAKAH


Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Nota :
Produk ini telah didaftar dan diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
No KKM:Baraka 450mg(MAL 08120837T)
Baraka 100mg (MAL 08120839T)


BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN?
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik.

Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: هَذِهِ الْحَبَّةُ السَوْدَاءُ فِيْهَا دَوَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ السَّام،وَهُوَ المَوْت.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
MOHD SYUKRI (TELUK INTAN) 019-4733879
AHMAD JUNAIDI (LEKIR) 019-5728402
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...