Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Monday, July 26, 2010

Al Quran disemak oleh Jibril

Al Quran adalah sebuah kitab suci yang istimewa daripada kitab-kitab yang lain yang diturunkan oleh Allah untuk seluruh umat di dunia bukannya bagi satu golongan yang tertentu sahaja.

Selain daripada itu al-Quran dipakai semenjak kenabian Muhammad sehinggalah ke hari Qiamat nanti. Kitab-kitab lain hanyalah untuk sesuatu kaum tertentu sahaja dan dipakai selama mana nabi atau rasul itu masih hidup, manakala al-Quran pula dipakai hingga akhir zaman dan ianya tidak pula menerima perubahan.

Kalau diperhatikan di segi bahasa maka al-Quran mempunyai bahasa yang selengkap-lengkapnya ia tidak berubah kerana ianya diturunkan dengan pengertian dan kata-katanya sekali, tidak seperti kitab-kitab lain. Manakala kitab lain hanya diturunkan makna sahaja dan disusun oleh para rasul dengan kalimah mereka sendiri dan ada pula ditulis oleh pengikut-pengikutnya seperti yang terjadi kepada kitab injil.

Al-Quran juga diturunkan bagi menyempurnakan segala apa yang tidak lengkap kepada kitab lain, banyak yang tidak terdapat di dalamnya sedang dalam al-Quran didapatinya. Al-Quran walau dibaca tanpa muzik sekalipun, pernah membuat seseorang terpesona termasuk sahabat nabi Saidina Umar al-Khatab.

Mengenai bacaan ini, didapati nabi kita Muhammad sendiri selalu membuat ulangan bacaannya iaitu sebagai mengulangkaji. Iaitu beliau baca kemudiaan disemak oleh Jibril setahun sekali dan pada tahun kewafatan nabi , dibaca dan disemaknya dua kali.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...