Azan mula disyariatkan selepas hijrah ke Madinah bagi mengumpulkan muslimin menunaikan solat berjamaah. Orang musafir juga disunatkan azan dan iqamat untuk mendirikan solat. Namun laungan azan tidak disunatkan untuk solat yang kedua daripada solat jamak, malah cukup sekadar diiqamatkan sahaja.
Di antara sifat orang yang melaungkan azan ialah :
- Sunat di kalangan lelaki yang baik suaranya. Bagi perempuan hanya disunatkan iqamat sahaja sekiranya bersolat sesama mereka.
- Sunat dari kalangan orang merdeka, adil dan cukup umur. Jika kanak-kanak yang melaungkan azan, tetap dikira, begitu juga hamba dan orang fasik. Namun azan orang gila dan kafir tidak sah kerana mereka bukan ahli taklif.
- Disunatkan ada dua atau tiga orang muazzin untuk sesebuah masjid.
Kelebihan muazzin :
- Mendapat pahala yang besar, nabi bersabda
لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا.
Sekiranya manusia mengetahui kelebihan azan dan saf pertama solat, kemudian tidak memperolehinya kecuali dengan undian, nescaya mereka berebut untuk masuk undian.
- Muazzin di hari kiamat nanti dijadikan oleh Allah lehernya paling panjang, nabi bersabda
المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة
Muazzin itu merupakan orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat kelak.
- Muazzin merupakan orang yang amanah dan diampuni dosa mereka, nabi bersabda
الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين
Imam adalah penjamin dan muazzin adalah orang yang amanah. Ya Allah berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah dosa para muazzin.
No comments:
Post a Comment