Sedar tak sedar dah 17 Ramadan kita berpuasa. Sebagai muhasabah diri, sudah banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini? Yang telah banyak melakukan amalan kebaikan, adakah benar-benar telah diterima oleh Allah ?
Soal samada amalan kita diterima oleh Allah, hanya Allah sahaja yang tahu. Bagi kita sebagai manusia perlu memperbanyakkan amalan, barangkali satu amalan yang kita laku daripada beratus amalan yang telah dilakukan, dapat mengelak kita dari julangan api neraka.
Malam Jumaat 17 Ramadan di Gua Hira' 41 tahun keputeraan Nabi Muhammad saw. telah berlaku peristiwa Nuzul al-Quran. Al-Quran itulah yang kita masih berpegang sehingga ke hari ini.
Satu-satunya mukjizat yang masih ditinggalkan untuk manusia, sebagai bukti kerasulan Nabi Muhammad saw. Mukjizat lain Nabi Muhammad saw telah tiada, mukjizat nabi-nabi lain juga telah tiada, yang tinggal mukjizat yang paling agung tika ini hanyalah al-Quran.
Percutian sebahagian penduduk Malaysia di Nuzul Quran ini, bukan boleh djadikan percutian kosong sahaja. Sewajarnya percutian ini diisi dengan aktiviti seperti membaca, memahami , melaksanakan dan memelihara al-Quran.
Nabi sepanjang hidupnya berkesempatan menjalani ibadah puasa Ramadan sebanyak 9 kali sahaja. baginda amat berhati-hati dalam menjaga kesahihan setiap bacaannya. Walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi baginda sering kali bertadarus dengan malaikat Jibril a.s iaitu sebagai guru bagi memperdengarkan bacaannya pada bulan Ramadan setahun sekali.
Sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: “Adalah Malaikat Jibril a.s mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-Quran sekali pada setiap tahun yakni pada bulan Ramadan. Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi Muhammad SAW beriktikaf 10 hari setiap tahun yakni pada setiap bulan Ramadan.”
Menghayati Nuzul Quran itu penting tetapi menghayati al-Quran adalah lebih penting lagi.
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
9 months ago
No comments:
Post a Comment