Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Tuesday, September 21, 2010

Pujian Orang Asing Terhadap Muhammad

Beliau bermula dari bawah sehingga akhirnya berjaya mencapai satu matlamat yang cukup agung agar Islam terbina di muka bumi ini. Gerakan dan hasrat beliau telah diabadikan di dalam al-Quran, dihuraikan dalam kitab-kitab hadith dan dijelaskan dalam buku-buku karangan sarjana Islam dan bukan Islam.
Telah dibuktikan bahawa tiada seorang tokoh pun di dunia yang paling banyak ditulis oleh orang dari dahulu sehingga sekarang selain dari Nabi Muhammad s.aw. Demikian adalah beberapa petikan ringkas beberapa orang penulis terkemuka bukan Islam di seluruh dunia.
Thomas Carlyle melalui bukunya ‘Hero and Hero Worship’ mencatatkan : “Kelahiran Muhammad adalah kelahiran cahaya yang mengusir segala kegelapan”.
Sir Willian Muir dalam kitabnya ‘The Life of Muhamad’ menulis : “Tidak ada waktu yang lebih sukar dan lebih sulit untuk memperbaiki masyarakat dari waktu Muhammad lahir. Namun demikian, kita belum mengetahui sesuatu hasil perjuangan yang beroleh kejayaan dan lebih beroleh kemenangan melainkan seperti yang telah tercapai oleh Muhammad menjelang wafatnya”.
Leonard pula menulis dengan lagu yang memuji Muhammad dengan berkata : “Apabila di bumi ini ada orang yang telah berbuat ikhlas kepada Allah dan memfanakan dirinya berkhidmat kepada Allah dengan maksud-maksud yang amat mulia, dengan pembelaan yang sebesar-besarnya, maka orang itu ialah Muhammad Rasulullah”.
Sebuah kitab iaitu Encyclopedia Britannica, kita membaca tentang Muhammad saw. sebegini : “Muhammad telah bertemu dengan kemenangan yang tidak pernah diperoleh seorang nabi mana jua sebelum beliau, juga dari reformer agama yang mana jua pada segala masa”.
Demikianlah banyaknya pujian orang asing terhadap Nabi Muhammad saw. Maka pujian dan sanjungan dari umatnya sendiri tentulah seharusnya lebih besar dan lebih bererti lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Bunga Pengubat Habbatul Sauda'

Bunga ini berasal dari sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.

Bunga ini boleh digunakan untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bunga ini dapat merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bunga ini berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, menyebutkan bahawa bunga ini dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.

Bunga apa ini...?

Bunga Habbatus Sauda'

Puasa : Pendapat Pakar Perubatan

Variati makanan di bazaar Ramadhan


Ahh… sakit lak perut aku nie lepas berbuka tadi… Bukannya aku makan banyak pun… Mi kari dengan mutabak aje.. Apasal lak perut aku nie memuls-mulas nie.. Demikian la senario yang berlaku apabila berbuka. Kadang-kadang mengganggu ibadah yang lain seperti solat Maghrib, Isyak dan tarawikh.
Menurut Imam al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, perut ialah sumber segala nafsu dan tempat bercambah penyakit dan bencana. Nafsu makan yang berlebihan menimbulkan gelora seks dan gelora seks mencetuskan kegilaan pangkat dan harta.
Nabi Allah Adam dan Hawa meninggalkan syurga kerana nafsu perut apabila mereka memutuskan untuk mencuba buah Khuldi menyebabkan mereka berdua berpindah ke dunia ini. Dunia perubatan hari ini mengiktirafkan puasa sebagai sumbangan bagi mengubat penyakit. Kebanyakkan klinik menjadikan menahan diri dari makan dan minum, sebagai rawatan untuk membuang sisa makanan yang lebih dari keperluan tubuh dan melesukan anggota dengan tidak menimbulkan kesan buruk kepada anggota badan.
Menurut Dr. R.G. Wiliams seorang pakar perubatan Akademi Kebangsaan Amerika Syarikat, pesakit kancer misalnya hanya perlu memperbaiki makan minum sebagai usaha yang paling baik bagi menghindari serangan kancer.
Dr. Alexis pula pernah berkata,”Pada peringkat awal penyekatan makanan menimbulkan rasa lapar dan melemahkan badan. Tetapi selepas itu beberapa fenomena tersembunyi yang jauh lebih mustahak. Zat gula di dalam hati bergerak disertai oleh lemak yang tersimpan di bawah kulit, protein-protein otot, kalenjar dan sel-sel hati. Anggota-anggota ini mengorbankan bahan-bahan tertentu bagi kesempurnaan jasmani dan jantung”.
Usus merupakan salah satu ”lubang busuk” yang banyak menyimpan kuman dan cacing-cacing yang merbahaya. Puasa dapat memberi kerehatan kepada sistem penghadaman dan mengurangkan pembiakan kuman-kuman sekaligus mengurangkan kecergasan kuman untuk lebih menular.
Dr. Robert Bartholo pernah mengatakan ”tidak syak lagi puasa adalah satu-satu cara berkesan melenyapkan mikro-mikro kerana mengandungi unsur-unsur penghapusan sel pengidap”.
Sekarang pakar ilmu kesihatan moden menganjurkan setiap orang yang meningkat dewasa wajib berpuasa sekurang-kurangnya satu hari seminggu atau seminggu sebulan dan yang lebih baik berpuasa sebulan dalam setahun. Ini kerana manusia acapkali mengidap penyakit ’septik fokus’ yang terjadi dalam tubuh badan dan mengalir lelehannya ke dalam darah.
Wallaua'lam

Tuesday, August 3, 2010

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Barisan Kepimpinan

Aku seorang pemimpin..!!!

Samada seseorang itu mufti, kadi, menteri, YB, penghulu ataupun sebarang kerja yang menjadikan seseorang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya, maka Islam mensyarat dengan syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing yang telah diijmak ulamakkan mengenainya. Di antaranya :
1. Muslim, akal baligh dan lelaki
2. Adil – tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, tidak menyalahi katanya akan perbuatannya, tidak menyalahi kitabuAllah dan sunnah nabinya.
3. Berilmu – mengetahui perkara fardu ain dan fardu kifayah, membezakan di antara perkara mungkar dan yang maaruf, mengetahui perkara berkaitan kepimpinan.
4. Mempunyai kudrat – boleh bertindak menyelesaikan urusan menggunakan segala kemahiran di dalam suasana apa pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam – memberi contoh teladan akhlak Islam ataupun terkumpul dalam diri sifat terpuji dan jauh dari sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Barangkali tidak mencukupi dengan penyelesaian melalui syarat asas sahaja kerana mana-mana pimpinan sekali pun selayaknya digelar pemimpin muslim sejati apabila dapat melalui ciri-ciri tersebut :
1. Beriman dan adil
2. Mengenali dakwah
3. Mengenali jiwa
4. Perhatian kepada orang bawahan
5. Teladan yang baik
6. Pandangan yang tajam
7. Kemahuan dan kekuatan
8. Hikmah dan matang dalam tindakan
9. Optimisme
10. Mengamalkan syura
11. Kombinasi nilai umara’ dan ulama’
12. Daya tarikan semulajadi

Bagi membina ciri-ciri di atas, tiga perkara di bawah perlu dibentuk dalam diri setiap pemimpin iaitu :
1. Kebersihan jiwa dan rohani
2. Kesihatan badan dan kekuatannya
3. Keupayaan mental dan pemikiran

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang besar peranan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Mudah-mudahan amanah yang dipegang menjadi amal soleh yang akan diberi ganjaran setimpal dari Allah.



Monday, July 26, 2010

Al Quran disemak oleh Jibril

Al Quran adalah sebuah kitab suci yang istimewa daripada kitab-kitab yang lain yang diturunkan oleh Allah untuk seluruh umat di dunia bukannya bagi satu golongan yang tertentu sahaja.

Selain daripada itu al-Quran dipakai semenjak kenabian Muhammad sehinggalah ke hari Qiamat nanti. Kitab-kitab lain hanyalah untuk sesuatu kaum tertentu sahaja dan dipakai selama mana nabi atau rasul itu masih hidup, manakala al-Quran pula dipakai hingga akhir zaman dan ianya tidak pula menerima perubahan.

Kalau diperhatikan di segi bahasa maka al-Quran mempunyai bahasa yang selengkap-lengkapnya ia tidak berubah kerana ianya diturunkan dengan pengertian dan kata-katanya sekali, tidak seperti kitab-kitab lain. Manakala kitab lain hanya diturunkan makna sahaja dan disusun oleh para rasul dengan kalimah mereka sendiri dan ada pula ditulis oleh pengikut-pengikutnya seperti yang terjadi kepada kitab injil.

Al-Quran juga diturunkan bagi menyempurnakan segala apa yang tidak lengkap kepada kitab lain, banyak yang tidak terdapat di dalamnya sedang dalam al-Quran didapatinya. Al-Quran walau dibaca tanpa muzik sekalipun, pernah membuat seseorang terpesona termasuk sahabat nabi Saidina Umar al-Khatab.

Mengenai bacaan ini, didapati nabi kita Muhammad sendiri selalu membuat ulangan bacaannya iaitu sebagai mengulangkaji. Iaitu beliau baca kemudiaan disemak oleh Jibril setahun sekali dan pada tahun kewafatan nabi , dibaca dan disemaknya dua kali.


Sunday, July 18, 2010

Benarkah Perang Salib belum berakhir?

Perkampungan Kota Salahuddin al-Ayubi di Taba, Egypt.


Citidel of Salahuddin al-Ayubi di Cairo, Egypt.


Ketika kejatuhan kerajaan Turki Othmaniah, berkata dengan sombongnya Lord Ellenby seorang pemerintah tentera Inggeris di Palestin, “Baru hari ini sahajalah benar-benar selesai peperangan salib”. Dalam waktu yang sama seorang jeneral lain datang ke Damsyik lalu memijak makam pahlawan besar Islam Salehuddeen al Ayubi sambil berkata,”Wahai Salehudeen, perang Salib telah kami selesaikan”.
Menyorot kembali kemenangan teragung Salehuddeen al Ayubi ke atas tiga pasukan tentera kristian yang masing-masing dipimpin oleh Richard The Lion Heart (Raja Inggeris), Frederick Barbarossa (Kaisar Jerman) dan Philip Augustus (Maharaja Perancis), menyebabkan mereka merasa penebusan kembali dari kekalahan dalam perang salib amat-amat berbaloi.
Cuma yang timbul persoalan apakah perang salib itu sudah benar-benar selesai, seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin tertinggi bersekutu itu?
Persaingan negara-negara besar meluncurkan kekuatan dan kekebalan mereka mengukuhkan lagi penyataan bahawa perang salib belum selesai. Malah masih ramai pimpinan kristian yang ingin menyaksikan sejarah perang salib berulang ke atas negara Islam.
Satu konsep ke arah wujudnya sebuah negara, iaitu negara dunia dengan satu kewarganegaraan iaitu warganegara dunia, satu prinsip mereka yang memperlihatkan dendam kesumat lama yang cuba dihangat-hangatkan bagi mencetuskan kembali perang salib.
Dalam situasi ini, nampaknya Islam menjadi sasaran. Dari delapan penjuru angin, kelihatan muncul-muncul senapang dihalakan ke dada Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 120 Yang bermaksud : [orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar].
Di Malaysia, di luar kesedaran ramai orang, tetap berhadapan dengan serangan kristian samada bentuk yang lembut dan penuh diplomasi. Tidak payah dijelaskan pada sudut dakwah ruhiyyah mereka, tapi cukup dilihat kepada mata kepala zahir, kelihatan di Petaling Jaya terdapat berpuluh-puluh gereja sedangkan masjidnya pula cuma beberapa buah sahaja. Ini belum termasuk taman didikan, perpustakaan dan tempat-tempat tumpuan umum lainnya yang mereka sponsori.
Secara kasarnya, perang salib memang sudah berakhir. Tetapi hakikatnya kelanjutan dari perang ini tetap ada dalam berbagai bentuk dan rupa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...