Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Saturday, January 16, 2010

Keistimewaan Unta

Unta berkhidmat kepada manusia semenjak dahulu dan telah menjadi simbol padang pasir. Suhu di padang pasir adalah terlalu tinggi untuk makhluk lain. Selain dari beberapa serangga, reptilia dan binatang kecil, tiada binatang yang sanggup tinggal di padang pasir ini. Unta adalah satu-satunya binatang besar yang boleh hidup di sini. Dalam al-Quran, Allah menyebutkan kisah unta ini. “Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana diciptakan” Surah al Ghasyiyah 17.
• Sesungguhnya unta dijadikan Allah boleh menahan lapar dan dahaga. Unta boleh menahan lapar dan dahaga selama lapan hari di padang pasir yang mempunyai suhu 50 deg Celsius kerana unta menyimpan air di belakang badannya (hump).
• Unta boleh minum air yang beratnya satu pertiga dari berat badannya dalam masa 10 minit. Maknanya unta boleh minum 130 liter air dalam sekali teguk.
• Kebanyakan pokok di padang pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem penghadaman unta telah dicipta untuk mengatasi masalah ini. Gigi dan bibirnya direkabentuk untuk mengambil makanannya yang berduri. Perutnya direkabentuk agar dapat menghadam apa jua yang terdapat di padang pasir.
Angin kencang menyukarkan pandangan dan pernafasan. Allah telah menjadikan matanya amat sesuai menghadapi suasana begini. Matanya mempunyai penutup yang lutsinar bagi membolehkan penglihatan. Bulu matanya juga agak panjang bagi melindungi matanya dari pasir.
• Hidungnya juga direkabentuk agar boleh tutup apabila terdapat angin pasir. Bukan seperti hidung manusia yang sentiasa terbuka.
• Tapak kaki unta yang lebar menghalangnya dari tenggelam di dalam pasir walaupun mengangkat bebanan yang amat berat.
• Kakinya pula yang panjang memastikan badannya jauh dari padang pasir yang panas. • Badan unta dibaluti dengan bulu yang tebal bagi melindungi dari panas matahari atau kesejukan malam.
• Ada beberapa tempat di badan unta mempunyai kulit tebal. Kulit tebal ini berada pada tempat di mana badannya akan mengenai tanah apabila ia duduk. Ini mengelakkan kulitnya dari melecur akibat pasir kepanasan.
• Tahukah anda jejak langkah unta apabila berjalan. Unta berjalan dengan kedua-dua kaki sebelah kanan serentak ke hadapan kemudian kedua-dua kaki kiri pula serentak berjalan. Tidak seperti lembu atau kuda. Mengapa..?

3 comments:

  1. salam sye kena wat research pasal kejadian unta mengikut Al-Quran dan sains, boleh bg sdikit info or bahan atau2 apa buku yg berkaitan x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...