Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Saturday, January 2, 2010

Rahsia sujud

Rasulullah saw. telah bersabda " Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. adalah dengan melakukan sujud di tempat sunya" [Riwayat : Ibnu Mubarak]

Menurut kajian pakar neurologi dari Amerika Syarikat bahawa darah tidak dapat memasuki urat saraf di dalam otak manusia kecuali pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.

Hikmah lain adalah melegakan sistem penafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Manakala bernafas ketika sujud pula boleh :
  • membetulkan kedudukan buah oinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya

  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh

  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid

  • melegakan paru-paru daripada ketegangan

  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa

  • meringankan bahagian pelvis

  • memberi dorongan supaya mudah tidur

  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud.

  • menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik

  • bagi wanita pergerakan otot itu menjadikan buah dada lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada

  • mengurangkan kegemukan

  • memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)

  • otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen

  • membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...