Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Friday, March 12, 2010

Abdul Mutalib dan Telaga Zam-zam

Setelah penjaga Kaabah Al-Mutalib bin Abdul Manaf wafat, tugas tersebut diserahkan kepada anak saudaranya Abdul Mutalib bin Hasyim. Ketika itu Kota Mekah menghadapi kekurangan air, apatah lagi tiba musim tawaf.
Abdul Mutalib mengambil keputusan mengali semula telaga zam-zam yang sekian lama tertimbus. Peristiwa penimbusan telaga zam-zam telah dilakukan oleh kabilah Jurhum berabad lamanya setelah mereka terusir dari Kota Mekah.

Abdul Mutalib berusaha keras mencari semula telaga zam-zam yang tertimbus kerana tiada penghuni Mekah yang tahu di mana letaknya telaga tersebut. Dengan kekuatan keazaman dan doa kepada Allah, Abdul Mutalib tertidur di perkarangan Kaabah lalu bermimpi bertemu malaikat yang menunjukkan kembali letaknya telaga zam-zam. Abdul Mutalib tidak mudah mempercayai mimpi tersebut. Namun setelah bermimpi mimpi yang serupa selama 3 hari, akhirnya dia percaya Allah menunaikan permintaannya.

Setelah mengikut pedoman di dalam mimpinya, Abdul Mutalib telah mengali semula telaga dengan pertolongan anak lelakinya yang tunggal bernama al-Harith. Abdul Mutalib mudah mengecam tembok-tembok telaga yang telah dibina oleh moyangnya Nabi Ismail a.s. Abdul Mutalib tidak mahu orang lain menolong mengali telaga tersebut kerana beliau merasakan tugas tersebut menjadi tanggungjawab beliau dan anak tunggalnya.

Sekali lagi Abdul Mutalib berdoa kepada Allah agar dikurniakan seramai 10 orang anak lelaki. Beliau berjanji kepada Allah akan mengorbankan seorang anaknya sekiranya hajatnya tercapai. Allah telah memperkenankan hajatnya. Abdul Mutalib dikurniakan 10 orang anak yang tampan dan gagah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...