Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Tuesday, August 3, 2010

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Barisan Kepimpinan

Aku seorang pemimpin..!!!

Samada seseorang itu mufti, kadi, menteri, YB, penghulu ataupun sebarang kerja yang menjadikan seseorang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya, maka Islam mensyarat dengan syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing yang telah diijmak ulamakkan mengenainya. Di antaranya :
1. Muslim, akal baligh dan lelaki
2. Adil – tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, tidak menyalahi katanya akan perbuatannya, tidak menyalahi kitabuAllah dan sunnah nabinya.
3. Berilmu – mengetahui perkara fardu ain dan fardu kifayah, membezakan di antara perkara mungkar dan yang maaruf, mengetahui perkara berkaitan kepimpinan.
4. Mempunyai kudrat – boleh bertindak menyelesaikan urusan menggunakan segala kemahiran di dalam suasana apa pun.
5. Beradab mengikut akhlak Islam – memberi contoh teladan akhlak Islam ataupun terkumpul dalam diri sifat terpuji dan jauh dari sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Barangkali tidak mencukupi dengan penyelesaian melalui syarat asas sahaja kerana mana-mana pimpinan sekali pun selayaknya digelar pemimpin muslim sejati apabila dapat melalui ciri-ciri tersebut :
1. Beriman dan adil
2. Mengenali dakwah
3. Mengenali jiwa
4. Perhatian kepada orang bawahan
5. Teladan yang baik
6. Pandangan yang tajam
7. Kemahuan dan kekuatan
8. Hikmah dan matang dalam tindakan
9. Optimisme
10. Mengamalkan syura
11. Kombinasi nilai umara’ dan ulama’
12. Daya tarikan semulajadi

Bagi membina ciri-ciri di atas, tiga perkara di bawah perlu dibentuk dalam diri setiap pemimpin iaitu :
1. Kebersihan jiwa dan rohani
2. Kesihatan badan dan kekuatannya
3. Keupayaan mental dan pemikiran

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang besar peranan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan. Mudah-mudahan amanah yang dipegang menjadi amal soleh yang akan diberi ganjaran setimpal dari Allah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...