Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Tuesday, September 21, 2010

Pujian Orang Asing Terhadap Muhammad

Beliau bermula dari bawah sehingga akhirnya berjaya mencapai satu matlamat yang cukup agung agar Islam terbina di muka bumi ini. Gerakan dan hasrat beliau telah diabadikan di dalam al-Quran, dihuraikan dalam kitab-kitab hadith dan dijelaskan dalam buku-buku karangan sarjana Islam dan bukan Islam.
Telah dibuktikan bahawa tiada seorang tokoh pun di dunia yang paling banyak ditulis oleh orang dari dahulu sehingga sekarang selain dari Nabi Muhammad s.aw. Demikian adalah beberapa petikan ringkas beberapa orang penulis terkemuka bukan Islam di seluruh dunia.
Thomas Carlyle melalui bukunya ‘Hero and Hero Worship’ mencatatkan : “Kelahiran Muhammad adalah kelahiran cahaya yang mengusir segala kegelapan”.
Sir Willian Muir dalam kitabnya ‘The Life of Muhamad’ menulis : “Tidak ada waktu yang lebih sukar dan lebih sulit untuk memperbaiki masyarakat dari waktu Muhammad lahir. Namun demikian, kita belum mengetahui sesuatu hasil perjuangan yang beroleh kejayaan dan lebih beroleh kemenangan melainkan seperti yang telah tercapai oleh Muhammad menjelang wafatnya”.
Leonard pula menulis dengan lagu yang memuji Muhammad dengan berkata : “Apabila di bumi ini ada orang yang telah berbuat ikhlas kepada Allah dan memfanakan dirinya berkhidmat kepada Allah dengan maksud-maksud yang amat mulia, dengan pembelaan yang sebesar-besarnya, maka orang itu ialah Muhammad Rasulullah”.
Sebuah kitab iaitu Encyclopedia Britannica, kita membaca tentang Muhammad saw. sebegini : “Muhammad telah bertemu dengan kemenangan yang tidak pernah diperoleh seorang nabi mana jua sebelum beliau, juga dari reformer agama yang mana jua pada segala masa”.
Demikianlah banyaknya pujian orang asing terhadap Nabi Muhammad saw. Maka pujian dan sanjungan dari umatnya sendiri tentulah seharusnya lebih besar dan lebih bererti lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...