Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli fikir dari seluruh dunia telah menjelaskan andainya bukan kerana akidah, negara yahudi tidak akan terdiri seperti yang ada sekarang. Sebagai pengetahuan, negara Israel tidak mempunyai suatu perlembagaan bertulis sampai sekarang ini, tetapi agama menjadi faktor yang mengawal undang-undang dan kehidupan sivil mereka.
Di Israel, Kementerian Agama dan Hakham (ulama) Yahudi mengawasi kesemua kementerian lain hingga undang-undang tidak dapat berjalan tanpa persetujuan kedua pihak. Lebih kurang 13 buah parti politik di Israel, walaupun berbeza idea politik/ekonomi, kanan dan kiri, tetapi semuanya berasaskan agama. Kefanatikan mereka kepada agama begitu kuat walaupun mereka seorang pemegang PhD maupun seorang artis.
Tahukah anda, di Israel memasang api pada hari Sabtu hukumnya haram, malah diharamkan juga menghisap rokok, memasang elektrik, memasak atau menaiki kereta (Qanun as-Sabtu 3). Di Israel juga dilarang memelihara babi atau menyembelihnya, juga mengimport daging dari luar negeri negara (Qanun al-Kusyir 5).
Walaupun mereka disediakan senjata berteknologi moden, namun agama memainkan peranan yang besar dalam kejayaan tentera Israel dalam beberapa peperangan. Antara bukti-buktinya ialah :
1. Setiap tentera Israel dipastikan seseorang yang berakidah. Setiap buah kereta kebal ada menyimpan kitab taurat. Tiap-tiap pasukan pula ada orang-orang agama yang sentiasa mengingati mereka tentang syurga dan neraka.
2. Orang Yahudi berpendapat, mereka yang ditanam di perkuburan Israel adalah suci. Sebab itu kebanyakan tentera Israel mengikat pinggang mereka dengan tali supaya mayat mereka dapat ditarik oleh rakan-rakannya untuk dibawa balik ke Israel (Ard al-Mi’ad).
3. Setelah tentera Israel masuk ke bumi Sina’, Mesir (tempat Nabi Musa bermunajat) pada tahun 1956, mereka keluar dari kereta-kereta tentera, lalu mencium tanah yang pernah diwarisi oleh nenek moyang mereka kemudian bersembahyang sebelum menyambung perang.
4. Pimpinan Israel menjaga betul-betul ajaran agama dalam menentukan waktu perang. Mereka tidak memulakan pada hari Sabtu kerana diharamkan dan merasa sial.
5. Orang-orang yahudi optimis memulakan perang pada hari Isnin sebagaimana nabi-nabi dahulukala berbuat demikian. Buktinya, mereka menyerang Mesir pada Isnin 29 Oktober 1956.
6. Mereka menamakan setiap peperangan dengan nama yang ada hubungkait dengan agama, contoh :
- 1948 dinamakan Perang Pembebasan kerana mereka membebaskan bumi mereka yang dinamakan bumi tempat tinggal.
- 1967 dinamakan Perang Enam Hari walaupun sebenarnya bukan enam hari kerana nama tersebut pernah digunakan oleh Nabi Yusyak ketika perang dimulakan hari Isnin dan tamat petang Sabtu.
- 1973 dinamakan Perang Kibur kerana jatuh pada hari raya pengampunan (aid al-Ghafran) di mana orang-orang yahudi berpuasa dua puluh lima jam dari makan sahaja. Menurut mereka puasa pada hari itu dapat mengampun dosa yang telah lalu melainkan dosa berbuat zina, menzalimi sesama yahudi dan kufur dengan tuhan. Sesiapa yang tidak berpuasa pada hari tersebut boleh dibunuh.
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
9 months ago
No comments:
Post a Comment