Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Thursday, October 15, 2009

Bila boleh terbatalnya iman?


Semua keyakinan yang merangkumi pegangan golongan Ahlus Sunnah perlu diketahui dengan betul kerana ada pelbagai pendapat yang mengacau keutuhan pegangan Ahlus Sunnah. Menurut golongan ini, orang mukmin boleh menjadi kafir kembali (riddah) dengan melakukan hal-hal di bawah ini.

Iktiqad
1. Syak (ragu) atas adanya Tuhan.
2. Syak (ragu) kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Syak (ragu) bahawa al-Quran itu wahyu Allah
4. Syak (ragu) akan ada hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.
5. Syak (ragu) Nabi Muhammad s.a.w. israk dari Mekah ke Baitul Maqdis dengan ruh dan tubuh.
6. Mengiktiqad bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat seperti ilmu, hayat, baqa dan sebagainya.
7. Mengiktiqad bahawa Tuhan bertubuh serupa manusia.
8. Menghalalkan pekerjaan yang disepakati ulamak Islam mengharamkannya.
9. Mengharamkan pekerjaan yang sudah disepakati ulamak Islam membolehkannya.
10. Meniadakan suatu amalan ibadat yang disepakati ulamak Islam mewajibkannya.
11. Mengingkari persahabatan sahabat-sahabat Nabi yang utama.
12. Mengingkari sepotong atau seluruh ayat al-Quran atau menambah sepotong atau seluruh ayat al-Quran.
13. Mengingkari salah seorang dari Rasul yang disepakati ulamak.
14. Mengiktiqad ada Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w.
15. Mendakwa jadi Nabi atau Rasul sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

Amalan
1. Sujud kepada berhala, matahari, bulan dan lain-lain.
2. Sujud kepada manusia dengan sukarela.
3. Menghina Nabi-nabi atau Rasul-rasul dengan lisan atau perbuatan.
4. Menghina kitab-kitab suci dengan lisan atau perbuatan.
5. Mengejek-ejek agama atau Tuhan dengan lisan atau tulisan
6. Dan lain-lain

Perkataan
1. Mengucapkan ‘hai kafir’ kepada orang Islam.
2. Mengejek-ejek atau menghina-hina nama Tuhan.
3. Mengejek-ejek hari akhirat, syurga dan neraka.
4. Mengejek-ejek salah satu syariat umpamanya solat, puasa, haji dan sebagainya.
5. Mengejek-ejek malaikat-malaikat.
6. Mengejek-ejek Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
7. Mengejek-ejek keluarga Nabi
8. Mengejek-ejek Nabi Muhammad s.a.w.
9. Dan lain-lain.

2 comments:

  1. salam ukhwwah dari putrajaya

    ReplyDelete
  2. Mohd Syukri'al Salam17 October, 2009 19:25

    waalaikum salam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...