Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Thursday, October 29, 2009

Faktor Perkembangan Ajaran Sesat


Kita digembarkan dengan berita seorang rasul telah ditangkap iaitu Abdul Kahar bin Ahmad. Malangnya kita patut rasa sedih dan pelik, kenapa Abdul Kahar itu ada ramai pengikut dari kalangan orang Islam? Kenapa orang melayu terlalu mudah percaya kepada orang yang mengaku pandai dan kelihatan seperti orang alim sehingga dengan mudah mereka diperdaya?
Sebenarnya perkembangan ajaran sesat di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa faktor yang disenaraikan di bawah :
1. Faktor kepercayaan
i. Percaya kepada perkara ghaib
Perkara ghaib sememangnya diasaskan Islam hanya melalui al-hadith dan al-Quran. Namun pelopor ajaran sesat ini telah memutarbelitkan sandaran-sandaran ini dengan kecetekan ilmu pengetahuan Islam mereka secara membuta tuli.
ii. Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu Islam
Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh rasul dan wali yang dirahsiakan dari orang ramai.
iii. Ajaran yang logik
Biasanya ajaran sesat amat sesuai dengan kehendak mereka yang ingin mencari kemahuan yang lebih, malah ditambah pula hujah kelogikan yang diterima oleh akal mereka, maka ianya mempersonakan minat pengikut ajaran sesat.
iv. Ajaran rahsia
Rahsia adalah sesuatu yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Justeru itu, seseorang yang tersesat akan terus tersesat kerana dia tidak menceritakan ajaran itu kepada orang lain dan menjadi trend orang ramai ingin mengetahui ilmu ajaran sesat tersebut.
2.Faktor kecetekan ilmu dan iman
i. Kini ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa ia telah pandai dan mula mengumpulkan murid sedangkan mereka cuma hebat seqadar membaca doa dan menghafaz beberapa surah al-Quran sahaja. Kejahilan dalam aqidah, syariat dan akhlak sering mengelincirkan mereka ke dalam kesesatan.
ii. Murid-murid ajaran sesat juga biasanya terlalu cetek ilmunya ditambah dengan kekurangan iman. Mereka seumpama kerbau yang mengikut gembalanya.Kebanyakannya akan masuk ke sungai jika gembala memimpin mereka ke sungai.
3. Faktor ekonomi
i. Ada guru ajaran sesat menjadi kaya dengan memperalatkan ajaran sesatnya. Konsep pengabdian diri kepada guru merupakan pasport bagi bertemu Allah, adalah keuntungan kepada guru ajaran sesat ini.
ii. Bagi mendapatkan pendapat yang lumayan, guru ajaran sesat akan menyarankan pengikutnya membanting tulang supaya segera mencapai matlamat ke syurga.
4. Faktor seks
i. Bilamana nafsu syahwat guru ajaran sesat dipimpin oleh syaitan maka lahirkan Tarekat Batin. Antara taktik mereka ialah setiap bakal isteri dinikah batinkan (disetubuhi) dahulu dengan guru, kemudian baru sah nikah zahir dengan suami. Bagi isteri yang telah lama berkahwin, dinikah batinkan semula oleh guru ajaran sesat.
ii. Pengikut ajaran sesat juga melihat perkara ini sebagai sesuatu yang istimewa, malah pertukaran pasangan seks dianggap ibadah suci kerana anak yang akan dilahir nanti, itulah anak yang soleh.
5. Faktor sosial
i. Biasanya menjadi konflik dan persaingan antara guru ajaran sesat dalam mencari murid dalam meluaskan pengaruh masing-masing. Justeru itu mereka mencipta ajaran yang menarik dan lain daripada yang lain. Maka ramailah yang terpengaruh.
ii. Pengikut ajaran sesat juga mahu mempunyai status mereka yang tersendiri sehingga mereka merasa, merekalah orang Islam yang sebenar, sedangkan orang lain adalah kafir, belum Islam, Islam kulit dan sebagainya.
iii. Guru ajaran sesat juga merancang perayaan peristiwa tertentu bagi mengantikan maulud nabi, isra dan mikraj. Ini membina semangat bangga untuk dipertunjukkan kepada orang yang tidak menjadi ahli ajaran sesat ini.
6. Faktor psikologi
i. Guru ajaran sesat biasanya orang yang bijak bercakap dan mempunyai semacam ‘charismatic leadership’ dan mampu menyelesaikan sebarang masalah walaupun pemikiran mereka sudah tidak normal.
ii. Mental guru ajaran sesat juga sudah terganggu atas beberapa faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadah, kurang tidur, kurang makan atau sebagainya apatah lagi diilhamkan oleh oleh syaitan yang mengganggu manusia.
iii. Konflik jiwa kadang melanda bilamana nilai Islam dinodai oleh nilai baru mendatang. Ada yang kecewa dengan Islam lalu mencari ajaran baru yang difikirkan dapat mengubati jiwa yang berkonflik tadi.
7. Faktor ilmu batin
i. Keinginan mempertahankan diri dengan ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti kebal telah menyebabkan ramai yang tersesat.
ii. Kedudukan guru ajaran sesat yang berpengaruh, ditambah dengan elemen ilmu batin menyebabkan masyarakat memandang tinggi dan terikut dengan mereka.
Tetapi alhamdulillah kebanyakkan ajaran sesat yang baru timbul, telah dipantau secara drastik oleh penguat kuasa agama. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi ilmu Islam, keimanan dan ketaqwaan agar terpelihara dari kesesatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...