Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Monday, January 18, 2010

Perjalanan Ke Shibin El-Kom Tinggal kenangan

Pada akhir awal bulan Jun 2009, Ustaz Khairi Jamaluddin telah menziarahi Shibin el-Kom suatu tempat saya belajar seketika dahulu. Saya berkesempatan 'menyedut' gambar-gambar sekitar Shibin el-Kom untuk tatapan sahabat seperjuangan.

Lebuh raya dari Cairo ke Shibin el-Kom

Susur masuk ke Pekan Shibin el-Kom. Dulu tak macam nie.
Antara pengangkutan yang masih digunakan bagi menghubung pekan-pekan kecil. Pokok kapas di ladang baru ditanam.

Pekan Shibin el-Kom mula menjengah masuk. Laluan 3 line la nie.


Jalan masuk ke Kubri Ulwi.

Mula memasuki Kubri Ulwi. Di sebelah kiri adalah kilang.
Di bulatan kecil di tengah-tengah Pekan Shibin el-Kom. Kelihatan menara Masjid Salam, masjid yang banyak kenangan manis. Kediaman saya yang pertama di belakang masjid nie.

Pintu belakang Universiti al-Azhar Cawangan Shibin el-Kom.

Pemandangan dari luar tembok Universiti al-Azhar Shibin el-Kom dikelilingi dengan ladang gandum yang baru dituai.

2 comments:

  1. yop aduihhh laaa
    terima kasih post gambar syibin.rindu sungguh.bila pi sana?

    ReplyDelete
  2. yop,,,sampai ati kamu tak bagitau tyme melawat sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...