Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Monday, October 12, 2009

Perlukah Khitan Wanita diberhentikan ?


Berita tentang khitan ini sebenarnya telah lama diperkatakan malah pernah menjadi pertikaian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lantaran desakan golongan tertentu dalam siri seminar, kongres maupun sidang-sidang yang telah dijalankan supaya khitan diharamkan.

Antara alasannya ialah a) khitan boleh mencacatkan seks kanak-kanak seumur hidupnya b) selaput yang dibuang itu sangat perlu bagi kepuasan seks apabila berumahtangga kelak
Berdasarkan rentetan pelbagai perancangan golongan tersebut, nyatalah ianya semua di dasar kepada kepentingan mendapatkan kepuasan nafsu syahwat sahaja.

Kali ini tidak payahlah difikirkan maksud khitan yang dibangkit oleh pihak-pihak yang tersebut. Barangkali khitan yang dimaksudkan berbeza dengan apa yang disarankan oleh agama Islam kerana menurut Islam khitan ialah memotong hanya sedikit sahaja kulit di hujung ‘kemaluan kecil’.
Di sini dinyatakan secara ringkas hukum Islam mengenai khitan :
a) Wajib bagi lelaki dan perempuan menurut mazhab Syafie
b) Sunat bagi lelaki maupun perempuan menurut mashab Hanafi
c) Wajib bagi lelaki dan sangat digalakkan untuk perempuan menurut mazhab Hanbali
d) Wajib bagi lelaki dan sunat bagi perampuan menurut mazhab Maliki

Sesetengah kitab feqah dalil wajib khitan ialah hadith nabi yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud : ‘Sesiapa yang masuk Islam hendaklah berkhitan’. Namun hukum khitan iaitu tidak disebut dengan tegas dalam al-Quran kecuali mengambil perintah umum secara tidak langsung dari ayat 123 surah an-Nahl yang bererti “Kemudian kami wahyukan kepadamu, ikutlah agama Ibrahim seorang yang benar”. Maka diwajibkan khitan kerana ada hadith yang bererti “Bahawa Nabi Ibrahim berkhitan setelah baginda berumur 80 tahun”.

Profesor Dr. Sheikh Mahmud Shaltut, mantan pengetua Universiti al-Azhar Mesir di dalam kitabnya “al-Fatawa” pernah berkata “Hukum khitan bukanlah berlandaskan dalil manqul, tetapi lebih kepada qaedah syari’yah yang umum iaitu menyakiti makhluk yang hidup di larang oleh syarak kecuali kalau ada kemaslahatan yang menguntungkannya kelak, melebihi dari sakit yang dialami”.

Cumanya kalau khitan perempuan dilakukan secara keterlaluan (sakit), maka perbuatan keterlaluan itu patut diberhentikan. Tetapi jika khitan boleh mengurangkan keterlaluan (syahwat), maka pelaksanaan khitan perempuan secara tidak keterlaluan patut diteruskan.

2 comments:

  1. salam bro taz... kat afrika tu aku dengor khitan ni yg pompuan dia potong abis.. ye ker?

    ReplyDelete
  2. Mohd Syukri al Salam15 October, 2009 21:50

    Salam.. khitan kat Afrika dinamakan "Pharaonic" atau "Infibutation" ini kerana khitan jenis ini dilakukan terlalu banyak iaitu memotong seluruh 'kemaluan kecil' di atas kemaluan besar dan memotong bibir yang luar dan yang dalam. Ini yang sedang diatasi oleh pertubuhan kesihatan sedunia. tq for asking.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...