Allah secara jelas menjadikan semua bencana ini sebagai satu peringatan kepada manusia. Dialah Maha Besar dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Allah membuktikan hal ini dalam ayat.
[Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu] - Surah al-An'aam 65.
Sebenarnya kewujudan terlalu banyak ancaman fizikal yang serius di dunia adalah bermaksud untuk menunjukkan satu hakikat kebenaran yang benar. Ketika bencana ini terjadi, Allah menarik anugerah yang diberikanNya kepada manusia dalam sekelip mata. Kemusnahan boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja. Ini sangat jelas menunjukkan bahawa tiada satu tempat di dunia yang menjamin keselamatan dunia.
Air yang dikurniakan kepada manusia sebagai rahmatNya, suatu saat kelak akan menjadi bencana besar kepada manusia dengan izin Allah. Pengalaman manusia mengalami bencana banjir sekurang-kurangnya dua kali setahun dan tetap lalai menyedari kemungkinan hal ini pasti terjadi pada sebarang ketika sangat menghairankan.
[Dan tidaklah mereka memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pengajaran] - Surah at-Taubah 126.
Begitu juga kisah kaum Saba yang dinyatakan al-Quran dalam surah Saba'. Penduduk Saba' yang menetap di kawasan yang sangat cantik dan mempersonakan dan dihiasi dengan kebun anggur dan taman-taman yang subur, sepatutnya menjadikan mereka lebih bersyukur kepada Allah. Sebaliknya mereka menjauhkan diri daripada Allah.
Bermegah-megah dengan kemewahan yang dimiliki menyebabkan mereka kehilangan kesemuanya. Seperti yang diceritakan dalam al-Quran, banjir Arim menenggelamkan seluruh bahagian kawasan ini.
No comments:
Post a Comment