Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Tuesday, October 27, 2009

Syaitan berdialog dengan Allah


Syaitan ialah makhluk Allah yang suka mengganggu dan mengacau sehingga membawa kepada kerosakan dan kesesatan. Ini bererti syaitan itu mempunyai perawakan seperti manusia juga, hanya berbeza dengan manusia tentang taubat.

Dalam al-Quran banyak menerangkan tentang syaitan, hingga ada yang mengkelaskan syaitan kepada dua jenis iaitu syaitan manusia iaitu manusia yang jahat yang menjalani hidupnya seperti syaitan atau iblis dan syaitan jin iaitu syaitan yang berjaya menggoda Adam dan Hawa dan ianya dicipta Allah daripada api.

Setelah Nabi Adam a.s. terusir daripada dari syurga, berlaku dailog antara Allah dan Iblis seperti tercatat dalam surah al-Hijr ayat 34 – 43.

34. Allah berkata kepada iblis : "Kalau demikian, keluarlah engkau daripada syurgaKu, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang hingga ke masa depan adalah satu makhluk yang terkutuk.
35. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".

36. Iblis menjawab : " Wahai Tuhanku ! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (Hari Qiamat)".

37. Allah berkata lagi : "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau diberi tempoh.
38. "Hingga ke hari yang ditentukan itu (Hari Qiamat)".

39. Iblis berkata : " Wahai Tuhanku ! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, maka aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas beriman".

41. Allah memberi amaran: " Inilah dia satu jalan yang lurus menuju kepada Ku, yang aku memeliharanya.
42. "Sesungguhnya hamba-hambaKu ini, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali hambamu yang menjadi pengikutmu dari kalangan orang-orang yang sesat".
43. "Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.

Selepas itu dengan angkuh iblis berkata : "Aku akan goda manusia dari segala jurusan dari muka, belakang kanan, kiri sehingga kebanyakan manusia nanti tidak akan pandai bersyukur kepadaMu". al-A’raaf ayat 17.

Selepas Allah mendengar kata-kata dari iblis tadi lalu Allah mengingatkan manusia supaya tegas menghadapi ancaman syaitan dengan ingatan " Wahai anak Adam, janganlah kamu sampai diperdaya oleh iblis syaitan sebagaimana yang telah terjadi kepada ibu bapamu sehingga terdedahlah aurat mereka berdua masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga serta Tuhan menyeru lagi: "BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU YANG AMAT NYATA". Al-A’raaf ayat 22.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...