Suatu masa dahulu ramai ulama berpendapat bahawa faedah atau interest tidak lain daripada riba, maka amalan riba ini jelas haramnya di sisi Islam. Tetapi setelah dilakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sistem perjalanan bank, lalu dibandingkan dengan amalan riba yang sangat tercela dalam al-Quran (lihat surah ali Imram : 130), timbullah beberapa hakikat yang membuktikan bahawa menetapkan hukum dalam masalah ini tidak semudah yang dijangka.
Memang ada persamaan antara riba dengan sistem faedah yang diamalkan oleh bank maupun koperasi, kerana keduanya adalah bunga yang dipinjamkan, tetapi perbezaannya jauh lebih banyak dan perbezaan itu melibatkan perkara prinsip.
Ditegaskan di sini bahawa faedah atau interest ialah keuntungan yang didapati oleh perusahaan bank dan sebagainya, kerana jasanya meminjamkan wang untuk melancarkan perusahaan orang meminjam. Berkat bantuan bank yang meminjamkan wang kepadanya, perusahaan bertambah maju. Maka atas jasa ini, bank mendapat keuntungan yang layak, yang dinamakan interest atau faedah.
Peraturan ini lain halnya dengan riba. Riba ialah suatu pemerasan kepada orang yang sesak hidupnya. Si miskin ini sebenarnya perlu ditolong untuk melepaskan dirinya dari tekanan hidup. Mereka pun datang kepada seorang pemberi pinjaman yang setuju melepaskan kesesakan orang itu untuk sementara dengan perjanjian membayar kembali wang yang dipinjam itu pada waktu tertentu.
Tetapi oleh kerana orang ini tidak sanggup membayar wang itu ada waktunya, maka diberi tempoh masa dengan ketentuan wang itu harus beranak sehingga yang asal dipinjam RM 100, kena dibayar bulan depan sebagai misalnya RM 125. Inilah yang dinamakan riba an-nasiah atau riba al-jahiliyyahyang diharamkan oleh Islam. Mereka bersandarkan pendapat Ibnu ‘Abbas yang menyatakan, “Sesungguhnya riba itu ialah pada riba al-nasi’ah kerana berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: ‘Tiada riba kecuali pada riba al-nasi’ah’.”
Seorang ahli ekonomi Islam yang terkemuka pernah memberi garis panduan bagi membezakan antara interest dan riba dengan menyebut bahawa interest itu sifatnya produktif (productive loan) manakala riba pula bersifat konsumatif (consumption loan).
Pinjaman produktif bertujuan pelaburan atau modal untuk memulakan perniagaan seperti yang diberikan oleh bank kepada pelabur-pelabur dan ahli perniagaan manakala pinjaman konsumatif (penggunaan) bertujuan kegunaan harian seperti kos-kos penginapan, makanan, alat tulis, pakaian dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan perbahasan di atas :
Pertama – Riba yang jelas haram dalam Islam ialah riba nasiah.
Kedua – Faedah atau interest bank kalau pun hendak dikatakan riba kerana ada pertambahan dari jumlah wang yang asal, maka ia tidak dimaksudkan ke dalam golongan riba an-nasiah.
Ketiga – Ada ulama yang berpendapat hukumnya harus dan ada pula yang berpendapat harus kerana darurat.
Wallahu a'lam
salam
ReplyDeleteYeop. ada tak alamat blog faizul dan member2 shibin kalau ada bolehlah email kat saya
elazhaq2002@yahoo.com
Faizul tak dak blog. Setakat facebook faizul n rashid ada la... Masuk la facebook...
ReplyDeleteassalamulaikum..minta di share laman ini ,,ok terima kasih..
ReplyDelete