Seulas Pinang

Blogger berpendidikan dari SM Izzuddin Shah, Ipoh (1987-1993). Lepasan Universiti al-Azhar Shibin el-Kom, Mesir (1993-1998). Berhasrat berkarya melalui penulisan ringkas, semoga diredhai dan diberkati Allah.

Wednesday, December 9, 2009

Jenayah Hudud

Hudud pada bahasa bermaksud menahan manakala istilah pula bermaksud seksaan yang telah ditetapkan oleh syarak. Hudud boleh dibahagi kepada tujuh bahagian iaitu :
1) Zina
Iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan melalui kemaluan secara haram tanpa sebarang syubhah. Hukuman kepada pesalah zina pula terbahagi dua :
a) Zina Muhsan (sudah pernah berkahwin) : rejam sampai mati
b) Zina Ghaira Muhsan (tidak pernah kahwin) : sebat 100 kali dan dibuang negeri setahun
2) Qazaf ( Tuduh Zina)
Iaitu membuat tuduhan zina kepada orang yang baik. Jika sabit kesalahan qazaf, maka syarak menetapkan dua hukuman iaitu : hukuman sebat dan tidak diterima keahliannya sebagai saksi.
3) Meminum Arak
Iaitu meminum minuman tertentu dari bahan yang memabukkan samada diberi nama khamar atau memakai nama lain. Hukuman kepada pesalah meminum arak ialah sebatan sebanyak 40 kali sebatan.
4) Mencuri
Iaitu mengambil dengan cara sembunyi, dengan tidak mempunyai hak dari tempat simpanan dengan tanpa diamanahkan. Hukuman terhadap jenayah mencuri ialah potong tangan.
5) Menyamun
Iaitu menggunakan kekerasan dengan tujuan mengambil harta, membunuh dan menggangu ketenteraman awam. Hukuman terhadap jenayah ini ialah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal-balik atau dibuang negeri.
6) Memberontak
Iaitu menentang pemerintahan atau keluar daripada Imam dengan menggunakan kekuatan senjata secara kejam dan zalim. Apabila jenayah memberontak tercetus, maka hukuman yang ditetapkan syarak ialah perangilah golongan tersebut.
7) Murtad
Iaitu keluar daripada agama Islam. Jenayah ini boleh berlaku dengan niat, perkataan dan perbuatan seseorang mempersendakan agama dan sebagainya. Jika sabit murtad maka hukumannya bunuh selepas ia menolak untuk bertaubat.

Wednesday, December 2, 2009

Suasana Di Pasar Mae Klong Railway

Perniagaan berjalan di Pasar Mae Klong.

Kepala keretapi mula muncul. Atap gerai ditarik ke tepi.

Keretapi lalu betul-betul di bawah makanan yang dijual.

Seorang peniaga menunggu berlalunya keretapi.
Begini rutin seharian apabila keretapi muncul.
Tiada tempat selamatkah untuk berniaga lagi ??


Saturday, November 28, 2009

Nasyid Kontemporari Anti Dadah

Jauhi dari dadah

Hadirmu membawa derita
Khayalan hanya sementara
Imaginasi dusta di bumi nyata

Mengundang derita sengsara
Pemusnah penduduk dunia
Semuanya berpunca dari mu dadah

chorus

Dadah berbahaya pembunuh manusia
Umpama racun yang mengalir di darahnya
Yang engkar kan mudah diambil tindakan
Bagai bangkai bernyawa keji dan hina

Jauhi dari dadah
Kau hanya pemusnah
Hidup dalam kebahgiaan oh tanpanya
Sucikan hatimu sinarkan sukmamu
Wahai teman buka matamu

Saturday, November 21, 2009

Please Take me!

"I was driving to the grocery store just thinking of everything on my list to do today. Taking the kids to soccer practice, cleaning the house, getting groceries, getting the oil changed in the car, the list went on and on. i was feeling overwhelmed and was already tired before I had even gotten started.
On my way to the store I saw something horrible happen!! A train had run into a car that was crossing the tracks. I thought "Oh no!, This is horrible, there is no way the driver of that car could have lived!!"
I was the closest car to the tracks so I put my car in park and got out. I ran over to the car and looked in and could not believe what I was seeing. Tears came to my eyes and I just couldn't take it. Inside the car was a woman driving that was obviously dead.
In the backseat was a baby in it's car seat bleeding everywhere and next to the baby was a little girl who I guessed to be about 4 years old and she was bleeding also. Just then the little girl spoke.
She said, "Is my mommy and baby sister okay?"
I just looked at her and said "Honey I don't know. There is a doctor on his way right now."
Just then the little girl started crying saying, "Don't take my mommy and my baby sister - Take me with you too!! Please!!"
She was pleading at who knows what to take her - but take her where?? I asked the little girl who she was talking to and she said, "don't you see ?"
That Angel is taking my mommy and my baby sister! I want to go with them too! My mommy is waving goodbye to me and she is holding my baby sister and she is smiling!"
The little girl started to cry because she did not want to stay, she wanted to go with her mommy and her baby sister.
I felt so sorry for her. I didn't believe in God and I thought to myself, "Where did an Angel come from? What kind of God would take a mommy and a baby but not the little sister?"
At that moment I saw the little girl start to smile so big as she held her arms out to something, someone to pick her up. I thought to myself that she must be delirious and maybe she is hurt worse that I thought. Just then the little girl closed her eyes and slumped over in her seat. She was dead!
I couldn't be sad even though this was a 4 year old little girl that had just died. You wouldn't be sad either if you could see that beautiful smile on her face! I guess her mommy and baby sister came back to get her.
That was also the day that God came to get me - as that was the day that I became a believer and turned my life over to the only One God."

by Islamway

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa Tentera Israel Tabah?

Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dan ahli fikir dari seluruh dunia telah menjelaskan andainya bukan kerana akidah, negara yahudi tidak akan terdiri seperti yang ada sekarang. Sebagai pengetahuan, negara Israel tidak mempunyai suatu perlembagaan bertulis sampai sekarang ini, tetapi agama menjadi faktor yang mengawal undang-undang dan kehidupan sivil mereka.

Di Israel, Kementerian Agama dan Hakham (ulama) Yahudi mengawasi kesemua kementerian lain hingga undang-undang tidak dapat berjalan tanpa persetujuan kedua pihak. Lebih kurang 13 buah parti politik di Israel, walaupun berbeza idea politik/ekonomi, kanan dan kiri, tetapi semuanya berasaskan agama. Kefanatikan mereka kepada agama begitu kuat walaupun mereka seorang pemegang PhD maupun seorang artis.

Monday, November 16, 2009

Kisah-kisah Di Sebalik Ibadah Haji

Saei Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
Tatkala di hati Siti Sarah rasa dukacita, resah dan cemburu kepada madunya Siti Hajar yang juga isteri kepada Nabi Ibrahim, maka dianjurkan kepada Nabi Ibrahim supaya membawa pergi Siti Hajar dari bumi Palestin. Nabi Ibrahim memohon petunjuk dari Allah, lalu mengizinkan baginda membawa Siti Hajar ke mana sahaja yang dikehendakinya. Tiba di suatu tempat di tengah padang pasir tandus yang tiada pokok atau air, Nabi Ibrahim memutuskan untuk meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail di situ, kerana baginda akan meneruskan perjalanan menyampaikan risalah Allah. Nabi Ibrahim menerangkan kepada Siti Sarah bahawa pemergiannya adalah dengan perintah Allah dan meminta Siti Sarah bersabar dan menerima setiap perintah Allah kerana segalanya ada hikmah di sebaliknya. Maka pergilah Nabi Ibrahim dengan hati yang sayu meninggalkan anak isteri di tempat yang sunyi dan tandus itu. Beberapa hari kemudian bekalan makanan dan air pula habis, memaksa Siti Hajar meninggalkan anaknya mencari air tatkala ternampak seolah-olah air di tengah padang pasir. Tetapi terpaksa kembali ke anaknya apabila mendengar tangisan yang semakin kuat. Apabila nampak wajah Ismail, semakin lemah Siti Sarah kembali mencari setitis air di padang pasir. Tempat berulang alik Siti Hajar tersebut diabadikan menjadi Safa dan Marwah.

Telaga Zam-Zam
Sesudah letih mencari air, Siti Hajar pulang dan duduk di sisi Ismail. Dia sudah putus asa untuk mencari lagi. Tatkala itu, dia ternampak setumpuk pasir tidak jauh dari tempat itu yang kelihatan basah. Hajar segera mengali pasir yang basah itu dengan tangannya dan ternyata akhirnya air mengalir keluar hasil korekannya itu. Hari ini lubang kecil yang dikorek dengan tangan oleh Hajar itu menjadi sebuah telaga yang terkenal dengan panggilan telaga zam-zam.

Kewujudan Kota Mekah
Dari gerak laku dan perbuatan Siti Hajar dengan Ismail di situlah berpangkalnya beberapa acara dalam amalan haji, sementara air zam-zam pula akhirnya menjadikan tempat itu tempat yang paling sibuk dengan aktiviti perdagangan, persinggahan dan peribadatan yang terkenal di kalangan orang Islam di seluruh dunia iaitu Kota Mekah.

Bukit Rahmah
Selang beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim pulang ke tempat tersebut mencari kembali anak isterinya yang telah ditinggalkan. Akhirnya baginda menemui mereka di atas Bukit Rahmah di tengah Padang Arafah. Sempena pertemuan yang bersejarah itulah maka tempat itu diberikan nama demikian.

Takbir
Tatkala bertemu Nabi Ibrahim akan keluarganya, keadaan itu jauh lebih baik dari keadaan mereka dahulu. Di samping menjadi penguasa telaga Zam-zam, mereka juga memiliki banyak kambing. Maka atas rasa kesyukuran yang amat sangat, bertakbirlah mereka dengan menyebut :
الله اكبر، الله اكبر، ولله الحمد

Bermalam di Muzdalifah
Dalam perjalanan pulang ke telaga Zam-zam itu, mereka berhenti di suatu tempat yang pada hari ini dinamakan Muzdalifah kerana keletihan berjalan mereka pun tertidur seketika. Di tengah-tengah tidur itulah, Nabi Ibrahim bermimpi diperintah oleh Allah supaya menyembelih anaknya Ismail.

Mina
Tatkala Ismail diberitahu tentang perintah Allah itu, beliau akur. Itulah ujian paling besar dari Allah terhadap dua beranak itu. Maka berangkatlah mereka ke suatu tempat yang dinamakan Mina untuk mengerjakan perintah Allah supaya Ismail dijadikan korban.

Melontar Jamrah
Dalam perjalanan itu mereka diuji dengan munculnya syaitan berupa manusia yang cuba menghasut mereka supaya membatalkan pekerjaan yang 'bodoh' itu. Nabi Ibrahim menentang hasutan syaitan itu berulang kali yang hari ini dilambangkan dengan amalan merejam tujuh kali di tiga jamrah semasa kita berada di Mina.

Hari Raya Korban
Apabila tiba di tempat yang di mana korban akan dilakukan , Ismail merebahkan dirinya dan Nabi Ibrahim bersedia hendak meletakkan pisau tajamnya dileher anaknya, Allah memerintahkan malaikat membawa seekor kambing kibas supaya disembelih oleh Nabi Ibrahim mengantikan anaknya itu. Dari peristiwa ini berlaku ibadah korban yang diperintahkan kepada penunai haji dan kaum muslimin seluruhnya.

Kaabah
Suatu ketika Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya mendirikan Kaabah di Mekah bersama dengan anaknya Nabi Ismail. Maka bekerjala kedua beranak dengan tangan mereka sendiri membina rumah Allah di sisi telaga zam-zam yang airnya digunakan untuk membancuh tanah liat dan membuat ketulan-ketulan tanah keras hingga akhirnya terdirilah Kaabah.

Hajar al-Aswad
Binaan itu hampir siap tetapi masih terdapat di bahagian penjurunya yang belum tertutup, sedangkan bahan binaan sudah kehabisan. Mereka pun mencari di keliling dan bertemu dengan seketul batu hitam yang istimewa bentuknya lalu diangkatlah oleh mereka bersama dan ditempatkan di penjuru yang masih kosong itu. Oleh kerana, batu itu yang terakhir yang diletakkan bagi menyempurnakan bangunan yang mulia itu, mereka mengucup batu itu sebagai tanda kegembiraaan. Perbuatan ini diabadikan hingga ke hari ini ketika mengerjakan haji kerana disunatkan mencium Hajr al-Aswad sebagai mengabadikan syariat Nabi Ibrahim dan Ismail.

Tawaf
Kemudian bangunan yang tersergam itu diperhatikan kembali oleh mereka berdua sambil berjalan mengelilinginya. Perbuatan ini diabadikan juga oleh kaum muslimin yang pada hari ini dipanggil tawaf.

Maqam Nabi Ibrahim
Kemudiannya Nabi Ibrahim berhenti sambil merenung hasil kerja tangan mereka, dan dengan rasa penuh kesyukuran baginda berdoa kepada Allah. Tempat baginda berdiri dan berdoa itu dinamakan Maqam Ibrahim (tempat berdirinya Ibrahim) di hadapan Kaabah.

Thursday, November 12, 2009

Sepuluh Sahabat Syaitan


Pada halaman 80 majalah Suara Masjid no. 50, Terbitan Ikatan Masjid Indonesia, terdapat enam baris catatan yang menarik perhatian iaitu mengenai sepuluh kawan syaitan. Menurutnya ini diceritakan oleh syaitan sendiri kepada nabi Muhammad s.a.w. ketika diperintahkan oleh Allah.

Sepuluh macam orang itu ialah :

1. Penguasa yang zalim
2. Hartawan yang kedekut dan takabbur
3. Penguasa yang curang
4. Peminum arak
5. Pembohong
6. Penzina
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang melekakan solat
9. Orang yang ingkar membayar zakat
10. Orang yang panjang angan-angannya

Tuesday, November 10, 2009

Reformasi Masyarakat Islam

Rata-rata umat Islam kini merasakan segala corak kemajuan yang berbentuk ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan lain-lain mestilah dirujuk kepada barat. Hasrat dan aspirasi sarjana-sarjana dan pemuka-pemuka barat sudah begitu ketara kini di negara kita.

Umat Islam kini seolah-olah cuai untuk memahami Islam secara mendalam. Kecuaian ini begitu jelas kerana terdapat suara-suara yang lantang berbicara mengenai Islam tetapi bercanggah dari ajaran itu yang sebenarnya. Umat Islam sesama sendiri mengkritik dan mencaci golongan-golongan mereka yang bergiat mengembangkannya dengan berbagai perkataan, helah dan sebagainya.

Masyarakat Islam Melayu boleh dibahagikan kepada empat peringkat. Mereka terdiri daripada :
1. Golongan Raja-raja dan bangsawan
2. Golongan politik dan intelek
3. Golongan pentadbir dan pekerja
4. Golongan rakyat biasa

Kesemua peringkat ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat Islam. Dengan adanya peranan tersebut kita dapati satu kordinasi yang baik wujud dalam masyarakat.

Namun kesedaran wujud di kalangan masyarakat Islam agar pemikiran mereka perlu diubah atau direformasikan kepada matlamat hidup yang sebenar. Mereka mesti dikembalikan semula kepada ajaran al-Quran dan Islam yang sebenarnya. Pengembalian ini nanti diharapkan agar dapat menjadikan pimpinan, peraturan dan undang-undang hidup masyarakat benar-benar menuju kepada keredhaan Allah.

Masyarakat melayu Islam yang sedar ini adalah di kalangan peringkat kedua ini – politik dan intelektual. Mereka yang sedar dan insaf inilah yang dikenali sebagai golongan dakwah. Namun penyelewengan boleh juga berlaku di kalangan golongan ini juga.

Pedoman untuk umat Islam adalah jelas dan nyata. Kita mempunyai asas yang kukuh di dalam menyusun kehidupan iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. Reformasi kita berasaskan kepada keduanya. Masyarakat melayu kini mempunyai tugas untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Allah… bukan untuk berpecah dan berbalah sesama mereka.

Monday, November 9, 2009

Poligami : Langkah Sebelum Terjebak

Antara tujuan yang membolehkan lelaki kahwin lebih dari satu ialah apabila pihak lelaki yang mempunyai nafsu seks yang kuat, boleh melayani nafsu seksnya secara yang dihalalkan oleh syarak. Ini disebabkan ada isteri yang datang haid sehingga tujuh hingga 10 hari, keluar darah nifas yang memakan masa empat puluh hari, mandul atau berpenyakit yang tiada harapan untuk sembuh bagi memuaskan suaminya.

Ada juga poligami disebabkan timbul perasaan belas dari pihak lelaki bila melihat janda yang terdesak hidupnya dan banyak menanggung beban akibat kematian suami atau diceraikan. Jadi, jalan pembelaan terhadap wanita-wanita ini adalah jalan poligami yang dihalalkan oleh syarak.

Melalui poligami juga secara tidak langsung menolong menyelesaikan masalah masyarakat dan sosial bilamana menolong kaum wanita tercebur ke lembah pelacuran, dan lain-lain jenayah yang dikutuk oleh undang-undang negara dan undang-undang Allah apatah lagi dalam masa 10 tahun akan datang.

Walaupun Islam mengharuskan poligami namun, mereka perlu mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu mereka diwajibkan melakukan keadilan di antara isteri-isteri dari segi pemberian nafkah makan minum dan pakaian, tempat kediaman, bilangan hari giliran dan layanan terhadap isteri dan sebagainya.

Dalam hal ini, Sheikh Mohammad Abduh merangka dua syarat dan kalau tidak mematuhinya wajib beristeri satu sahaja. Pertama : Suami melakukan keadilan pada segi lahir, dengan kata lain suami tidak mendiskriminasi antara isteri baru dan lama, cantik dan hodoh, tidak pilih kasih dalam pergaulan dan hak-hak yang diwajibkan atas isteri.

Kedua : Suami mesti berkeupayaan melakukan keadilan pada segi hati dan jiwa, dan inilah perkara yang paling susah untuk dilaksanakan. Ini kerana manusia tidak akan dapat berlaku adil dalam soal kasih sayang terhadap beberapa orang isteri. Dia tidak akan dapat melaksanakan kemahuan hatinya kepada tiap-tiap orang isterinya menepati kecenderungan hatinya.

Umpamanya, jika seorang suami mampu mengadakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal untuk seorang isterinya maka sudah tentu perlu menyediakan juga bagi isteri kedua. Kerana itu, kebiasaannya lelaki yang berpoligami terdiri dari mereka yang tinggi taraf hidupnya.
Demikian juga mengenai giliran yang diwajibkan atas seorang suami. Menurut syariat Islam, seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang gadis, wajib bermalam di rumah isteri barunya selama tujuh hari tujuh malam dan bagi janda selama tiga hari tiga malam. Kesemua hari-hari ini adalah untuk hari permulaan perkahwinan, sesudah itu barulah diaturkan giliran seadil-adilnya.

Akibat menumpukan kecintaan kepada salah seorang isteri sahaja dan mengabaikan isteri yang lain akan dibalas oleh Allah di hari qiamat nanti dengan badan mereka senget sebelah, ini berdasarkan hadith daripada Rasulullah yang berbunyi :
من كانت له امراتان فمال الى احدهما جاء يوم القيامة وشقيه مائل


Jadi untuk menjaga kepentingan rumahtangga maka ikutilah syarat di atas, malah ditegah sama sekali suami masuk ke rumah salah seorang isteri lain di waktu giliran isteri tertentu kecuali kerana darurat, itupun dibolehkan hanya memberi salam dari luar pintu sahaja dan bertanya keadaannya dengan tidak masuk. Begini corak perkahwinan nabi.

Wednesday, November 4, 2009

Bunga Poligami

Poligami atau kahwin lebih dari satu bukanlah merupakan perkara baru bagi masyarakat Islam, malah ianya telah diamalkan sejak zaman pra sejarah lagi. Yang membezanya tentang jumlah wanita yang dapat dikahwinkan oleh seseorang lelaki. Dalam Islam misalnya seorang lelaki diharuskan berkahwin setakat empat orang sahaja berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisaa’ ayat 3 yang bermaksud :”Maka kahwinlah perempuan-perempuan yang baik untuk kamu berdua, tiga atau empat tetapi kiranya kamu bimbang tidak dapat melakukan keadilan, maka berkahwinlah seorang sahaja”.

Tetapi sebelum Islam yakni di zaman arab jahiliah seorang lelaki dibolehkan berkahwin mengikut sekehendak hatinya atau sepuluh orang isteri. Ini berpandukan dari hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi :
عن ابن عمر رضى الله عنهما ان غيلان بن سلمة الثقفى اسلم وله عشرة نسوة في الجاهلية فأسلمن معهن فامره النبي صلى الله عليه وسلم أن يتخير اربعامنهن – رواه الترميذي
Bermaksud : Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Ghilan bin Salmah as-Syaqafi telah masuk Islam, ketika di zaman jahiliah isterinya seramai 10 orang, kesemua isterinya telah masuk Islam termasuk Ghilan sendiri, lantas ia disuruh oleh Rasulullah sa.w. memilih 4 orang di antara mereka.

Di zaman Nabi Musa a.s., seorang lelaki dibenarkan berkahwin seberapa banyak perempuan yang disukainya, ini disebabkan orang lelaki di zaman itu banyak yang mati dibunuh oleh Raja Firaun dan jumlah mereka itu sedikit. Firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat 127 : “Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah Engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap Menguasai (menundukkan) mereka".

Di zaman Nabi Isa a.s. pula seorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang perempuan sahaja, ini kerana menghormati Maryam yang menjadi ibu kepada Isa a.s. di mana telah melahirkan anaknya dengan tidak atau berantaraan suami.

Kalau dibandingkan syariat Nabi Muhammad dengan Nabi Musa dan Nabi Isa, nyatalah syariat Nabi Nuhammad melalui jalan tengah di antara kedua-dua syariat tersebut. Ini bererti tidak terlalu terbatas dan tidak terlalu berleluasa di mana syariat yang dibawanya membenarkan seorang lelaki mempunyai berbilang isteri yang tidak lebih dari empat orang.

Bagi penganut agama Budhha, tidak boleh berkahwin lebih dari satu (monogram) tetapi kiranya seseorang lelaki ada kesanggupan dan daya tenaga, maka perempuan itu boleh dikahwinkan dan menyimpan sebagai gundik sahaja. Perempuan simpanan sebegini tidak mempunyai hak langsung dalam mewarisi harta dan tiada pertalian dalam kekeluargaan, sedangkan agama kristian pula mengutuk dengan sekeras-kerasnya ke atas penganutnya yang ingin berpoligami.

Dalam hal ini, Islam yang mengharuskan poligami adalah untuk memelihara kebaikan umat Islam baik lelaki maupun perempuan.

Tuesday, November 3, 2009

Pemikiran Moden

Rasionalisme
• Suatu amalan yang cuba menerangkan unsur-unsur ghaibiyyat di dalam agama kepada bentuk yang dapat diterima atau diselaraskan dengan akal.
• Dalam sejarah Islam, gerakan yang meletakkan akal sebagai kuasa tertinggi dipanggil gerakan aliran muktazilah atau falsafah.
• Aliran ini berusaha memberikan suatu kefahaman Islam yang bersesuaian dengan pemikiran manusia.
• Yang merbahaya adalah apabila mereka membuat generalisasi atau pengumuman tanpa terlebih dahulu mengasaskan kepada prinsip Islam yang tulen iaitu al-Quran dan as-Sunnah dengan cenderung menggunakan akal sebagai asas menilai dan bertindak.

Historisme
• Merupakan suatu teori yang menyatakan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah ditentukan oleh perkembangan sejarah.
• Fahaman ini memberikan penekanan bahawa perkembangan sejarah sebagai aspek yang asasi bagi kewujudan manusia dan secara berlebih-lebihan memandang kepada tingkahlaku yang lalu sebagai pedoman.
• Teori ini menggunakan peradaban sejarah untuk membuktikan keunggulan kerajaan di zamannya dan memutuskan kehebatan tamadun mereka.

Utilitarianisme / Hedonisme
• Merupakan sebahagian daripada falsafah moral yang dibangunkan di atas kesedaran batin atau suara hati.
• Ia meletakkan kepuasan dan kehendak individu sebagai asas falsafahnya.
• Aliran ini menyatakan kelakuan adalah benar selagimana dapat melahirkan kegembiraan dan kelakuan dianggap salah bilamana mencetuskan kedukaan.
• Penghujung aliran ini ialah kenikmatan dan keseronokan duniawi adalah perkara utama dan menjadi matlamat hidup sebenar.

Protestantisme / Kapitalisme Moden
• Merupakan fahaman yang dianuti oleh aliran agama kristian yang memisahkan diri daripada persatuan roman.
• Gerakan ini bertanggungjawab mengeluarkan Eropah dari kemunduran agama kristian ortodoks dan melahirkan kebangkitan kemajuan kapitalisme.
• Aliran ini menyatakan suatu penyatuan atau sintesis yang unik di antara kesungguhan menompok harta kekayaan dan sikap tidak mahu menggunakannya bagi tujuan keseronokan diri.
• Penompokan harta adalah nilai material dan aktiviti ekonomi manakala sikap tidak menggunakannya adalah nilaian rohani atau suatu aktiviti keagamaan (zuhud).
• Namun begitu, kerana terlalu menekankan kebendaan dan materialistik maka ia menenggelamkan ibadah-ibadah kerohanian yang cuba digarap.

Monday, November 2, 2009

Kata-kata Hikmah

• Syukur adalah pintu limpahan nikmat, kufur adalah pintu laknat Allah.
• Kejayaan hidup tanpa pengorbanan adalah kejayaan penuh kepalsuan.
• Ular itu berbisa tetapi mulut manusia itu lebih berbisa lagi.
• Hisab diri sendiri sebelum menghisab orang lain.
• Hidup ini satu mujahadah, berilmu, beramal dan berbakti satu kepastian.
• Kalau takut kapal dilambung ombak jangan berlabuh di tepi pantai, adakah kapal dijadikan untuk itu?
• Hidup ini penuh ujian, ujian itu datang bukan bererti seseorang itu tewas tetapi menyuruh kita mempertingkatkan iman.
• Bekerja untuk kedaulatan Islam tanpa menghiraukan sindiran manusia adalah lambang keimanan muslim sejati.
• Lebih baik payah nak tidur daripada payah nak bangun tidur.
• Pentingkan perkara yang lebih penting dari perkara yang penting kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting dari perkara yang penting.
• Hidup ini hanya sekali sahaja, ciptakanlah sejarah hidup dengan jasa dan bakti, biar kita dikenang sepanjang masa.
• Hari-hari yang berlalu adalah kematian buatmu, tetapi kamu masih boleh muhasabah kerana kamu masih hidup lagi.
• Sehikmah kata-kata tidaklah sehikmah apa yang dapat diperkatakan oleh kata-kata.
• Bakat berkembang dalam kesunyian, karier terbentuk dalam kesibukan.
• Kesilapan tidak pernah sepi dari diri manusia tetapi kemaafan akan menyepikan kesilapan.
• Bersungguh mewarisi kekayaan, kemalasan mewarisi kemiskinan dan pengotor mewarisi penyakit.
• Renagilah arus gelombang kehidupan dengan kesabaran, renungilah rantaian sejarah silam dengan keyakinan.
• Sebesar-besar kemenangan seseorang adalah kemenangan ke atas dirinya.
• Engkau disebut seorang insan bukan lantaran tubuhmu tetapi lantaran jiwamu.
• Sahabat yang jahat ibarat bayang-bayang dekat dengan kita ketika terang tetapi hilang sebaik sahaja di tempat teduh.
• Cita-cita bukanlah jalan yang selalunya datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah.
• Islam itu bukan pada berpakaian, pakaiannya yang sebenar adalah iman manakala perhiasannya ialah ilmu.
• Berkata yang baik itu mudah, membuat perkara baik itu susah, yang paling susah ialah ikhlas dalam membuat perkara baik.
• Sesiapa yang mengenal diri sendiri, maka dia mengenali Allah.
• Jangan sekali-kali kita berbincang tentang takut dan jangan pula kita sekali-kali takut untuk berbincang.
• Biar putus cinta jangan putus nyawa.
• Jangan sekali-kali merendahkan orang lain, tetapi rendahkan diri anda sendiri.
• Hidup ini umpama perahu di lautan, layarkanlah ia dengan pendayung keimanan, janganlah dikaramkan ia dengan penukul nafsu dan pemahat syaitan.
• Jangan bertindak mengikut emosi kerana implikasi tidak seindah yang diimaginasi.
• Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari esok dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini.
• Di mana ada keredhaan di situ ada keberkatan.
• Tanpa ukhuwah pincanglah ummah, tanpa ummah lemahlah daulah dan tanpa daulah tiadalah khalifah.
• Jadilah intan bukannya arang kerana sebesar-besar arang dibakari tetapi sekecil-kecil intan tetap disanjungi jua.
• Tinggalkan hari kelmarin, ingatkan hari ini, fikirkan hari esok.
• Kejayaan yang luar biasa boleh didapati oleh orang biasa dengan usaha yang luar biasa.

Selamat berjaya..!!

Thursday, October 29, 2009

Faktor Perkembangan Ajaran Sesat


Kita digembarkan dengan berita seorang rasul telah ditangkap iaitu Abdul Kahar bin Ahmad. Malangnya kita patut rasa sedih dan pelik, kenapa Abdul Kahar itu ada ramai pengikut dari kalangan orang Islam? Kenapa orang melayu terlalu mudah percaya kepada orang yang mengaku pandai dan kelihatan seperti orang alim sehingga dengan mudah mereka diperdaya?
Sebenarnya perkembangan ajaran sesat di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa faktor yang disenaraikan di bawah :
1. Faktor kepercayaan
i. Percaya kepada perkara ghaib
Perkara ghaib sememangnya diasaskan Islam hanya melalui al-hadith dan al-Quran. Namun pelopor ajaran sesat ini telah memutarbelitkan sandaran-sandaran ini dengan kecetekan ilmu pengetahuan Islam mereka secara membuta tuli.
ii. Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu Islam
Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh rasul dan wali yang dirahsiakan dari orang ramai.
iii. Ajaran yang logik
Biasanya ajaran sesat amat sesuai dengan kehendak mereka yang ingin mencari kemahuan yang lebih, malah ditambah pula hujah kelogikan yang diterima oleh akal mereka, maka ianya mempersonakan minat pengikut ajaran sesat.
iv. Ajaran rahsia
Rahsia adalah sesuatu yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Justeru itu, seseorang yang tersesat akan terus tersesat kerana dia tidak menceritakan ajaran itu kepada orang lain dan menjadi trend orang ramai ingin mengetahui ilmu ajaran sesat tersebut.
2.Faktor kecetekan ilmu dan iman
i. Kini ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa ia telah pandai dan mula mengumpulkan murid sedangkan mereka cuma hebat seqadar membaca doa dan menghafaz beberapa surah al-Quran sahaja. Kejahilan dalam aqidah, syariat dan akhlak sering mengelincirkan mereka ke dalam kesesatan.
ii. Murid-murid ajaran sesat juga biasanya terlalu cetek ilmunya ditambah dengan kekurangan iman. Mereka seumpama kerbau yang mengikut gembalanya.Kebanyakannya akan masuk ke sungai jika gembala memimpin mereka ke sungai.
3. Faktor ekonomi
i. Ada guru ajaran sesat menjadi kaya dengan memperalatkan ajaran sesatnya. Konsep pengabdian diri kepada guru merupakan pasport bagi bertemu Allah, adalah keuntungan kepada guru ajaran sesat ini.
ii. Bagi mendapatkan pendapat yang lumayan, guru ajaran sesat akan menyarankan pengikutnya membanting tulang supaya segera mencapai matlamat ke syurga.
4. Faktor seks
i. Bilamana nafsu syahwat guru ajaran sesat dipimpin oleh syaitan maka lahirkan Tarekat Batin. Antara taktik mereka ialah setiap bakal isteri dinikah batinkan (disetubuhi) dahulu dengan guru, kemudian baru sah nikah zahir dengan suami. Bagi isteri yang telah lama berkahwin, dinikah batinkan semula oleh guru ajaran sesat.
ii. Pengikut ajaran sesat juga melihat perkara ini sebagai sesuatu yang istimewa, malah pertukaran pasangan seks dianggap ibadah suci kerana anak yang akan dilahir nanti, itulah anak yang soleh.
5. Faktor sosial
i. Biasanya menjadi konflik dan persaingan antara guru ajaran sesat dalam mencari murid dalam meluaskan pengaruh masing-masing. Justeru itu mereka mencipta ajaran yang menarik dan lain daripada yang lain. Maka ramailah yang terpengaruh.
ii. Pengikut ajaran sesat juga mahu mempunyai status mereka yang tersendiri sehingga mereka merasa, merekalah orang Islam yang sebenar, sedangkan orang lain adalah kafir, belum Islam, Islam kulit dan sebagainya.
iii. Guru ajaran sesat juga merancang perayaan peristiwa tertentu bagi mengantikan maulud nabi, isra dan mikraj. Ini membina semangat bangga untuk dipertunjukkan kepada orang yang tidak menjadi ahli ajaran sesat ini.
6. Faktor psikologi
i. Guru ajaran sesat biasanya orang yang bijak bercakap dan mempunyai semacam ‘charismatic leadership’ dan mampu menyelesaikan sebarang masalah walaupun pemikiran mereka sudah tidak normal.
ii. Mental guru ajaran sesat juga sudah terganggu atas beberapa faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadah, kurang tidur, kurang makan atau sebagainya apatah lagi diilhamkan oleh oleh syaitan yang mengganggu manusia.
iii. Konflik jiwa kadang melanda bilamana nilai Islam dinodai oleh nilai baru mendatang. Ada yang kecewa dengan Islam lalu mencari ajaran baru yang difikirkan dapat mengubati jiwa yang berkonflik tadi.
7. Faktor ilmu batin
i. Keinginan mempertahankan diri dengan ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti kebal telah menyebabkan ramai yang tersesat.
ii. Kedudukan guru ajaran sesat yang berpengaruh, ditambah dengan elemen ilmu batin menyebabkan masyarakat memandang tinggi dan terikut dengan mereka.
Tetapi alhamdulillah kebanyakkan ajaran sesat yang baru timbul, telah dipantau secara drastik oleh penguat kuasa agama. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi ilmu Islam, keimanan dan ketaqwaan agar terpelihara dari kesesatan.

Tuesday, October 27, 2009

Syaitan berdialog dengan Allah


Syaitan ialah makhluk Allah yang suka mengganggu dan mengacau sehingga membawa kepada kerosakan dan kesesatan. Ini bererti syaitan itu mempunyai perawakan seperti manusia juga, hanya berbeza dengan manusia tentang taubat.

Dalam al-Quran banyak menerangkan tentang syaitan, hingga ada yang mengkelaskan syaitan kepada dua jenis iaitu syaitan manusia iaitu manusia yang jahat yang menjalani hidupnya seperti syaitan atau iblis dan syaitan jin iaitu syaitan yang berjaya menggoda Adam dan Hawa dan ianya dicipta Allah daripada api.

Setelah Nabi Adam a.s. terusir daripada dari syurga, berlaku dailog antara Allah dan Iblis seperti tercatat dalam surah al-Hijr ayat 34 – 43.

34. Allah berkata kepada iblis : "Kalau demikian, keluarlah engkau daripada syurgaKu, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang hingga ke masa depan adalah satu makhluk yang terkutuk.
35. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".

36. Iblis menjawab : " Wahai Tuhanku ! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (Hari Qiamat)".

37. Allah berkata lagi : "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau diberi tempoh.
38. "Hingga ke hari yang ditentukan itu (Hari Qiamat)".

39. Iblis berkata : " Wahai Tuhanku ! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, maka aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas beriman".

41. Allah memberi amaran: " Inilah dia satu jalan yang lurus menuju kepada Ku, yang aku memeliharanya.
42. "Sesungguhnya hamba-hambaKu ini, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali hambamu yang menjadi pengikutmu dari kalangan orang-orang yang sesat".
43. "Dan Sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.

Selepas itu dengan angkuh iblis berkata : "Aku akan goda manusia dari segala jurusan dari muka, belakang kanan, kiri sehingga kebanyakan manusia nanti tidak akan pandai bersyukur kepadaMu". al-A’raaf ayat 17.

Selepas Allah mendengar kata-kata dari iblis tadi lalu Allah mengingatkan manusia supaya tegas menghadapi ancaman syaitan dengan ingatan " Wahai anak Adam, janganlah kamu sampai diperdaya oleh iblis syaitan sebagaimana yang telah terjadi kepada ibu bapamu sehingga terdedahlah aurat mereka berdua masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga serta Tuhan menyeru lagi: "BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU YANG AMAT NYATA". Al-A’raaf ayat 22.

Thursday, October 22, 2009

JAWATAN KOSONG


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA ORANG AKAN DIKEHENDAKI HADIR

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda bernama Izrail. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

SEKIAN HARAP SEBARKAN PADA ORANG RAMAI

TERIMA KASIH

Saturday, October 17, 2009

Beza antara faedah (interest) dan riba


Suatu masa dahulu ramai ulama berpendapat bahawa faedah atau interest tidak lain daripada riba, maka amalan riba ini jelas haramnya di sisi Islam. Tetapi setelah dilakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sistem perjalanan bank, lalu dibandingkan dengan amalan riba yang sangat tercela dalam al-Quran (lihat surah ali Imram : 130), timbullah beberapa hakikat yang membuktikan bahawa menetapkan hukum dalam masalah ini tidak semudah yang dijangka.

Memang ada persamaan antara riba dengan sistem faedah yang diamalkan oleh bank maupun koperasi, kerana keduanya adalah bunga yang dipinjamkan, tetapi perbezaannya jauh lebih banyak dan perbezaan itu melibatkan perkara prinsip.

Ditegaskan di sini bahawa faedah atau interest ialah keuntungan yang didapati oleh perusahaan bank dan sebagainya, kerana jasanya meminjamkan wang untuk melancarkan perusahaan orang meminjam. Berkat bantuan bank yang meminjamkan wang kepadanya, perusahaan bertambah maju. Maka atas jasa ini, bank mendapat keuntungan yang layak, yang dinamakan interest atau faedah.

Peraturan ini lain halnya dengan riba. Riba ialah suatu pemerasan kepada orang yang sesak hidupnya. Si miskin ini sebenarnya perlu ditolong untuk melepaskan dirinya dari tekanan hidup. Mereka pun datang kepada seorang pemberi pinjaman yang setuju melepaskan kesesakan orang itu untuk sementara dengan perjanjian membayar kembali wang yang dipinjam itu pada waktu tertentu.

Tetapi oleh kerana orang ini tidak sanggup membayar wang itu ada waktunya, maka diberi tempoh masa dengan ketentuan wang itu harus beranak sehingga yang asal dipinjam RM 100, kena dibayar bulan depan sebagai misalnya RM 125. Inilah yang dinamakan riba an-nasiah atau riba al-jahiliyyahyang diharamkan oleh Islam. Mereka bersandarkan pendapat Ibnu ‘Abbas yang menyatakan, “Sesungguhnya riba itu ialah pada riba al-nasi’ah kerana berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: ‘Tiada riba kecuali pada riba al-nasi’ah’.”

Seorang ahli ekonomi Islam yang terkemuka pernah memberi garis panduan bagi membezakan antara interest dan riba dengan menyebut bahawa interest itu sifatnya produktif (productive loan) manakala riba pula bersifat konsumatif (consumption loan).

Pinjaman produktif bertujuan pelaburan atau modal untuk memulakan perniagaan seperti yang diberikan oleh bank kepada pelabur-pelabur dan ahli perniagaan manakala pinjaman konsumatif (penggunaan) bertujuan kegunaan harian seperti kos-kos penginapan, makanan, alat tulis, pakaian dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan perbahasan di atas :
Pertama – Riba yang jelas haram dalam Islam ialah riba nasiah.
Kedua – Faedah atau interest bank kalau pun hendak dikatakan riba kerana ada pertambahan dari jumlah wang yang asal, maka ia tidak dimaksudkan ke dalam golongan riba an-nasiah.
Ketiga – Ada ulama yang berpendapat hukumnya harus dan ada pula yang berpendapat harus kerana darurat.
Wallahu a'lam

Thursday, October 15, 2009

Bila boleh terbatalnya iman?


Semua keyakinan yang merangkumi pegangan golongan Ahlus Sunnah perlu diketahui dengan betul kerana ada pelbagai pendapat yang mengacau keutuhan pegangan Ahlus Sunnah. Menurut golongan ini, orang mukmin boleh menjadi kafir kembali (riddah) dengan melakukan hal-hal di bawah ini.

Iktiqad
1. Syak (ragu) atas adanya Tuhan.
2. Syak (ragu) kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Syak (ragu) bahawa al-Quran itu wahyu Allah
4. Syak (ragu) akan ada hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.
5. Syak (ragu) Nabi Muhammad s.a.w. israk dari Mekah ke Baitul Maqdis dengan ruh dan tubuh.
6. Mengiktiqad bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat seperti ilmu, hayat, baqa dan sebagainya.
7. Mengiktiqad bahawa Tuhan bertubuh serupa manusia.
8. Menghalalkan pekerjaan yang disepakati ulamak Islam mengharamkannya.
9. Mengharamkan pekerjaan yang sudah disepakati ulamak Islam membolehkannya.
10. Meniadakan suatu amalan ibadat yang disepakati ulamak Islam mewajibkannya.
11. Mengingkari persahabatan sahabat-sahabat Nabi yang utama.
12. Mengingkari sepotong atau seluruh ayat al-Quran atau menambah sepotong atau seluruh ayat al-Quran.
13. Mengingkari salah seorang dari Rasul yang disepakati ulamak.
14. Mengiktiqad ada Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w.
15. Mendakwa jadi Nabi atau Rasul sesudah Nabi Muhammad s.a.w.

Amalan
1. Sujud kepada berhala, matahari, bulan dan lain-lain.
2. Sujud kepada manusia dengan sukarela.
3. Menghina Nabi-nabi atau Rasul-rasul dengan lisan atau perbuatan.
4. Menghina kitab-kitab suci dengan lisan atau perbuatan.
5. Mengejek-ejek agama atau Tuhan dengan lisan atau tulisan
6. Dan lain-lain

Perkataan
1. Mengucapkan ‘hai kafir’ kepada orang Islam.
2. Mengejek-ejek atau menghina-hina nama Tuhan.
3. Mengejek-ejek hari akhirat, syurga dan neraka.
4. Mengejek-ejek salah satu syariat umpamanya solat, puasa, haji dan sebagainya.
5. Mengejek-ejek malaikat-malaikat.
6. Mengejek-ejek Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
7. Mengejek-ejek keluarga Nabi
8. Mengejek-ejek Nabi Muhammad s.a.w.
9. Dan lain-lain.

Tuesday, October 13, 2009

Iklan Sebentar.....


Ketika senja melabuhkan tirainya, seorang lelaki yang keletihan dan kelesuan baru pulang ke rumah dari kerja sehariannya, manakala sampai di muka pintu, seorang anak bernama Iman berumur 5 tahun sedang menunggu ketibaan bapanya.

“ Ayah, boleh tak Iman nak tanya soalan?”

“ Ya Iman, nak tanya apa?” jawab si ayah kelesuan.

“ Ayah, sejam ayah boleh dapat berapa ringgit?” tanya si anak

“ Ehh.. ni bukan urusan Iman ye.. ! Pasal apa Iman boleh tanya soalan yang bukan-bukan nie?” si ayah terkejut dan marah.

“ Iman saja nak tahuuu. Tolong la ayah bagitau Iman berapa ringgit ayah dapat sejam” rayu si anak kecil tersebut.

“Kalau Iman nak tahu jugak, ayah dapat RM 20.00 sejam” jawab ayahnya nak tak nak.

“Oh…” si anak yang menunduk lama….tiba-tiba mendongak melihat si ayahnya lalu berkata.
“Ayah! Boleh tak Iman pinjam RM 10.00?”

Si ayah mula bersuara tinggi. “Kalau soalan Iman tu, semata-mata nak pinjam duit ayah nak beli mainan atau benda-benda tak berguna …., baik Iman masuk bilik tidur. Ayah tak dak masa nak layan Iman. Ayah letih nie…. tahu tak?”

Si anak kesedihan lalu pergi ke biliknya dan menutup pintu. Si ayah pula duduk kebingungan dengan permintaan anaknya yang bukan-bukan. Sanggup anaknya tanya soalan tadi semata-mata nakkan duit.

Selepas sejam lebih, si ayah sudah beransur tenang dan mula memikirkan kekesalannya memarahi Iman. Mungkin Iman benar-benar perlukan duit tersebut untuk membeli sesuatu… lagi pun bukan selalu Iman minta duit. Si ayah terus ke pintu bilik anaknya dan membuka pintu.
“Iman tidur ke?” tanya si ayah.

“Tak ayah, Iman tak boleh tidur” jawab Iman.

“Ayah mintak maaf pada Iman ye, sebab marahkan Iman tadi,” kata si ayah. “Ayah letih tadi Iman, nie dia RM 10.00 yang Iman nak”.

Si anak bingkas bangun dengan wajah yang berseri-seri. “Oh, terima kasih ayah!” jerit si anak.

Tiba-tiba Iman menyeluk tangannya bawah bantal tidurnya dan mengeluarkan sesuatu yang merenyuk. Hah! RM 10.00. Si ayah terkejut. Riak wajah ayah berubah perlakuan anaknya. Iman pula sibuk mengira duit yang didapatinya, lalu perlahan-lahan mendongak sambil melihat wajah ayahnya.

“Pasal apa Iman nak lagi duit, sedangkan Iman dah ada duit dah” si ayah merungut.

“Tadi Iman tak cukup duit, tetapi sekarang Iman dah cukup duit,” si anak berkata lagi.

“Ayahhh… Sekarang Iman dah ada RM 20.00…. boleh tak Iman beli sejam aje masa ayah?”.

Si ayah lantas memeluk anaknya dengan erat sambil mengalirkan air mata……….

diterbitkan dan disusunkan oleh : abunasihah.blogspot

Monday, October 12, 2009

Perlukah Khitan Wanita diberhentikan ?


Berita tentang khitan ini sebenarnya telah lama diperkatakan malah pernah menjadi pertikaian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lantaran desakan golongan tertentu dalam siri seminar, kongres maupun sidang-sidang yang telah dijalankan supaya khitan diharamkan.

Antara alasannya ialah a) khitan boleh mencacatkan seks kanak-kanak seumur hidupnya b) selaput yang dibuang itu sangat perlu bagi kepuasan seks apabila berumahtangga kelak
Berdasarkan rentetan pelbagai perancangan golongan tersebut, nyatalah ianya semua di dasar kepada kepentingan mendapatkan kepuasan nafsu syahwat sahaja.

Kali ini tidak payahlah difikirkan maksud khitan yang dibangkit oleh pihak-pihak yang tersebut. Barangkali khitan yang dimaksudkan berbeza dengan apa yang disarankan oleh agama Islam kerana menurut Islam khitan ialah memotong hanya sedikit sahaja kulit di hujung ‘kemaluan kecil’.
Di sini dinyatakan secara ringkas hukum Islam mengenai khitan :
a) Wajib bagi lelaki dan perempuan menurut mazhab Syafie
b) Sunat bagi lelaki maupun perempuan menurut mashab Hanafi
c) Wajib bagi lelaki dan sangat digalakkan untuk perempuan menurut mazhab Hanbali
d) Wajib bagi lelaki dan sunat bagi perampuan menurut mazhab Maliki

Sesetengah kitab feqah dalil wajib khitan ialah hadith nabi yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud : ‘Sesiapa yang masuk Islam hendaklah berkhitan’. Namun hukum khitan iaitu tidak disebut dengan tegas dalam al-Quran kecuali mengambil perintah umum secara tidak langsung dari ayat 123 surah an-Nahl yang bererti “Kemudian kami wahyukan kepadamu, ikutlah agama Ibrahim seorang yang benar”. Maka diwajibkan khitan kerana ada hadith yang bererti “Bahawa Nabi Ibrahim berkhitan setelah baginda berumur 80 tahun”.

Profesor Dr. Sheikh Mahmud Shaltut, mantan pengetua Universiti al-Azhar Mesir di dalam kitabnya “al-Fatawa” pernah berkata “Hukum khitan bukanlah berlandaskan dalil manqul, tetapi lebih kepada qaedah syari’yah yang umum iaitu menyakiti makhluk yang hidup di larang oleh syarak kecuali kalau ada kemaslahatan yang menguntungkannya kelak, melebihi dari sakit yang dialami”.

Cumanya kalau khitan perempuan dilakukan secara keterlaluan (sakit), maka perbuatan keterlaluan itu patut diberhentikan. Tetapi jika khitan boleh mengurangkan keterlaluan (syahwat), maka pelaksanaan khitan perempuan secara tidak keterlaluan patut diteruskan.

Friday, October 9, 2009

Menghitung usia


Kita dalam menjalani hidup ini jarang sekali malah boleh dikatakan tidak langsung menghitung masa hidupnya. Kebanyakan orang tidak memperhitungkan untung ruginya masa yang telah berlalu tadi.

Dari al-Quran Allah beberapa kali berfirman berkaitan dengan masa dan menegaskan bahawa hidup manusia itu sentiasa dalam keadaan rugi. Kita buat sedikit perincian tentang masa hidup di dunia ini. Adakah betul-betul sempurna atau sebaliknya.

Seorang pemuda yang berumur 20 tahun dan hitung panjang hidup manusia sekitar 70 tahun sahaja. Bermakna 20 tahun hidup pemuda tadi telah berlalu dan baki hidupnya ialah 50 tahun.
Biasanya 10 tahun terakhir hidupnya atau ketika berumur 60 hingga 70 ialah umur fizikal atau badan kita tidak aktif lagi dan jika ditolak 10 tahun umur pemuda tadi tinggallah lagi 40 tahun sahaja lagi.

Secara rasional 40 tahun inilah pemuda tadi menjalani hidupnya, tetapi ingat separuh dari masa 40 tahun ini adalah aktiviti tidur. Jadi, bererti hidupnya tadi tinggal dua puluh tahun sahaja lagi.
Masa yang berbaki 20 tahun ini cuba dijadikan hari, pasti jawapannya 7,300 hari. Maka hari-hari inilah masa pemuda tadi hidup dengan sedar.

Ini baru pemuda yang berumur 20 tahun. Bagaimana dengan kita sekarang ini? Adakah kita sudah cukup persediaan menghadapi kemungkinan yang tiba. Imam as-Syahid Hassan al-Bana mengungkapkan “Tanggungjawab kita adalah lebih banyak daripada waktu kita“.

Ingatlah mencuri masa adalah satu kerugian yang besar dan bertangguh dengan masa itu adalah sama seperti menjemput bala mendatang.

Monday, October 5, 2009

Air Laut - Peringatan Kepada Manusia


Allah secara jelas menjadikan semua bencana ini sebagai satu peringatan kepada manusia. Dialah Maha Besar dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Allah membuktikan hal ini dalam ayat.

[Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu] - Surah al-An'aam 65.

Sebenarnya kewujudan terlalu banyak ancaman fizikal yang serius di dunia adalah bermaksud untuk menunjukkan satu hakikat kebenaran yang benar. Ketika bencana ini terjadi, Allah menarik anugerah yang diberikanNya kepada manusia dalam sekelip mata. Kemusnahan boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja. Ini sangat jelas menunjukkan bahawa tiada satu tempat di dunia yang menjamin keselamatan dunia.

Air yang dikurniakan kepada manusia sebagai rahmatNya, suatu saat kelak akan menjadi bencana besar kepada manusia dengan izin Allah. Pengalaman manusia mengalami bencana banjir sekurang-kurangnya dua kali setahun dan tetap lalai menyedari kemungkinan hal ini pasti terjadi pada sebarang ketika sangat menghairankan.

[Dan tidaklah mereka memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pengajaran] - Surah at-Taubah 126.

Begitu juga kisah kaum Saba yang dinyatakan al-Quran dalam surah Saba'. Penduduk Saba' yang menetap di kawasan yang sangat cantik dan mempersonakan dan dihiasi dengan kebun anggur dan taman-taman yang subur, sepatutnya menjadikan mereka lebih bersyukur kepada Allah. Sebaliknya mereka menjauhkan diri daripada Allah.

Bermegah-megah dengan kemewahan yang dimiliki menyebabkan mereka kehilangan kesemuanya. Seperti yang diceritakan dalam al-Quran, banjir Arim menenggelamkan seluruh bahagian kawasan ini.

Sunday, October 4, 2009

Keajaiban Haiwan


I. Burung kelicap merupakan burung terkecil di dunia dengan berat kurang satu gram.

II. Memerang mampu bertahan selama 45 minit di dalam air.

III. Kanggaru tidak boleh berjalan mengundur.

IV. Harimau bukan sahaja mempunyai bulu yang berbelang-belang tapi kulitnya juga berbelang.
V. Beruang mampu berlari lebih dari 48 kilometer sejam.

VI. Beruang kutub binatang kidal.

VII. Gajah adalah satu-satunya binatang yang tidak boleh melompat.

VIII. Bagi mengelak daripada kesejukan, rusa di kawasan beriklim sejuk makan lumut untuk mengekalkan suhu badan.

IX. Kucing memiliki 32 otot di kedua-dua belah telinganya.

X. Tenggiling binatang yang malas dan menggunakan 80 peratus hayatnya semata-mata untuk tidur.

XI. Sumpah-sumpah mempunyai lidah yang panjang. Menariknya, panjang lidah sumpah-sumpah ini sebenarnya sama dengan panjang badannya.

XII. Burung belatuk boleh mematuk 20 kali setiap saat tanpa menjejaskan kepala atau mendatangkan kesakitan kerana tengkorak burung ini mempunyai poket udara bagi tujuan melindungi otaknya.

XIII. Ular boleh melihat menembusi kelopak matanya.

XIV. Belalang mempunyai telinga pada bahagian hadapan kakinya.

XV. Artic tern iaitu sejenis burung laut berkepak panjang. Burung ini terbang berulang alik dari Kutub Utara ke Kutub Selatan untuk menikmati musim panas di setiap tempat.

XVI. Kebanyakan ular tidak pernah berhenti membesar kerana itulah ia sentiasa bersalin kulit.

XVII. Badak air boleh menyelam lebih daripada 30 minit.

XVIII. Mentadak-mentadu adalah satu-satunya serangga yang boleh memusing kepalanya 360 darjah.

XIX. Binatang yang paling kuat di dunia ialah badak sumbu. Ini kerana haiwan ini boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri.

XX. Semut hitam yang dipanggil black bulldog ant di Australia merupakan semut paling berbisa di dunia. Ia menggigit dan mengeluarkan bisa dalam satu-satu masa dan boleh membunuh manusia.

Haiwan dan segala yang ada di alam semesta ini tidak wujud dengan sendirinya KECUALI dicipta oleh ALLAH S.W.T.

Saturday, October 3, 2009

Funny isn't it?!

Funny how a $20 bill looks so big when you take it to the Mosque, but so small when you take it to the market.

Funny how long it takes to do Zikr for an hour, but how quickly a team plays 60 minutes of basketball.

Funny how long a couple of hours spent at the Mosque are, but how short they are when watching a movie.

Funny how we can't think of anything to say when we pray, but don't have difficulty thinking of things to talk about to a friend.

Funny how we get thrilled when a baseball game goes into extra innings, but we complain when a "Tarahvi" during Ramadhan is longer than the regular time.

Funny how hard it is to read a Para in the Quran, but how easy it is to read 100 pages of a best selling novel.

Funny how people want to get a front seat at any game or concert, but scramble to get a back row at mosque so that they can scramble out fast.

Funny how we need 2 or 3 weeks advance notice to fit a Mosque event into our schedule, but can adjust our schedule for other events at the last moment.

Funny how hard it is for people learn a simple Preaching well enough to tell others, but how simple it is for the same people to understand and repeat gossip.

Funny how we believe what the newspaper says, but question what the Quran says.

Funny how everyone wants to go to heaven provided they do not have to believe, or to think, or to say, or do anything.

Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire, but when you start sending messages regarding Allah, people think twice about sharing.



FUNNY, ISN'T IT?
Are you laughing? Are you thinking?
Give thanks to Allah for He is good & Mercifull!



by Islamicway

Friday, October 2, 2009

Adab-Adab Mendengar Ceramah


1) Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga para penceramah. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan.
2) Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya.
3) Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri.
Sekiranya kita tidak suka dengan gaya penyampaian seseorang penceramah, janganlah mencerca atau memandang rendah terhadapnya. (Seperti kata-kata sebegini: "Ustaz ni boring. Tak menarik langsung.".. Ustaz ni serious sangat. Mengantuk saya dibuatnya." ... "Ustaz ni asyik suka naikkan suara dia je."... "Ustaz ni tak best lah. Langsung takde lawak dan kelakar"...)
Sepatutnya kita ingat, bahawa jikalau seseorang penceramah itu tidak dapat menarik hati kita dalam penyampaiannya, mungkin sahaja penyampaiannya itu dapat menarik hati dan memberi manfaat kepada orang yang lain begitu juga sebaliknya.
4) Jikalau kita dapati ada perbezaan pendapat di antara penceramah-penceramah di bawah ini terhadap sesuatu perkara atau 'issue-issue' yang hanya melibatkan masalah furu'iyyah (masalah cabang-cabang dalam agama), maka hormatilah pandangan dan pendapat mereka masing-masing. Janganlah kita terlalu ta'sub atau fanatik dengan satu pendapat dan menolak pendapat lain sambil memandang rendah, mencerca atau yang lebih buruk lagi menuduh mereka kufur, sesat atau memutuskan yang mereka akan masuk neraka (Na'udzubillah) terhadap sesiapa yang berpegang dengan pendapat itu. Sikap sebegitu hanya ada pada orang-orang yang jahil.
5) Jikalau kita tidak memahami atau keliru dengan mana-mana bahagian yang disampaikan oleh seseorang penceramah, silalah rujuk dan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perkara tersebut. Elakkan-lah diri kita dari menafsirkan atau membuat andaian sendiri jika tidak pasti.
6) Akhir sekali, jangan mencari kelemahan mereka lalu mengutuk kelemahan itu, tetapi adalah lebih baik jikalau kita pandang lebih kepada kebaikan perkara tersebut lalu mengambil manfaat daripadanya.
Insya-Allah jikalau kita dapat berbuat demikian, mudah-mudahan Allah akan memberi hidayah dan cahaya-Nya kepada kita semua supaya mudah menerima ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Thursday, October 1, 2009

Kemampuan manusia menurun?


Abad ke 21 ini merupakan abad di mana manusia telah mencapai kemajuan dan peralatan moden yang amat pesat. Peranan sains dan teknologi amat penting sekali bagi manusia zaman ini.
Sesuatu yang mesti diakui bahawa zaman kemajuan yang terbina hasil dari himpunan pengetahuan manusia zaman silam.
Dahulu manusia purba boleh berjalan berbatu-batu dengan tidak menganl letih, malah mereka dapat menawan mangsanya dengan tidak menunggang apa-apa pun. Tetapi apabila mereka tahu menggunakan kenderaan moden, kekuatan berjalan yang ada pada mereka merosot.
Hari ini cermin mata menjadi sebahagian daripada muka manusia. Manusia hari ini menggunakan teropong jarak jauh bagi meneropongi bintang-bintang. Pada hal di zaman lampau manusia hanya menggunakan kedua belah mata bagi mengenal bintang-bintang itu. Mereka tidak pernah sesat dengan berpandukan bintang dalam pelayaran. Tetapi sayang kekuatan penglihatan ini sudah tiada lagi bagi manusia hari ini.
Tenaga suara dan pendengaran juga turut sama merosot. Ahli pensyarah di zaman dahulu dapat berpidato dengan suara yang lantang di khalayak ramai atau di tempat-tempat lapang. Pidato mereka juga jelas kedengaran. Hari ini pembesar suara digunakan, malah kadang-kadang syarahan dalam bilik tertutup pun tidak jelas kedengaran.
Paling teruk sekali hari ini ialah tenaga otak manusia pun mulai merosot dengan adanya alat-alat rekaan baru yang mengantikan tenaga otak. Semuanya di atas hujung jari. Boleh dikatakan rekaan dan penyelidikan di zaman ini dijalankan secara beramai-ramai, pada hal di zaman dahulu dijalankan secara perseorangan sahaja, namun kejayaan boleh dikecapi juga.
Patutlah dunia sekarang ketiadaan tokoh-tokoh yang bijak bagi menggantikan Aristotle, Ibnu Sina, Plato, Socrates dan sebagainya.

Akhir Zaman Ke atau Tanda-tanda Qiamat ?


1. Solat tidak lagi dihiraukan.
2. Nafsu syaitan bermaharajalela.
3. Yang tidak beriman akan menjadi pemimpin.
4. Terlalu susah hendak membezakan antara yang benar dengan yang salah.
5. Bercakap bohong menjadi-jadi.
6. Membayar zakat dianggap sangat membebankan.
7. Orang-orang beriman akan merasa sedih melihat maksiat berlaku di sekelilingnya, tetapi
mereka tidak berdaya untuk berbuat atau berkata apa-apa.
8. Lelaki akan mengahwini lelaki dan perempuan mengahwini perempuan.
9. Kaum wanita akan menguasai dunia.
10. Anak-anak tidak mendengar perintah orang tua mereka.
11. Sahabat akan melayan sahabat dengan sikap yang tidak jujur.
12. Masjid dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan dan binaan ketika ada manusia yang sedang
bersembahyang di dalamnya.
13. Orang-orang dari sebelah barat akan menguasai umat yang lemah.
14. Manusia akan mencetak al-Quran dengan dakwah emas, tetapi tidak menurut ajarannya.
15. Darah manusia sudah tidak ada harga lagi.
16. Agama tidak mendapat penolong-penolong untuk mempertahankannya.
17. Penyanyi-penyanyi wanita akan bertambah banyak.
18. Orang kaya mengerjakan haji untuk berehat, orang pertengahan mengerjakannya untuk
berniaga dan yang miskin untuk meminta sedekah.

Wednesday, September 30, 2009

Siapa Ketinggalan Zaman?

Sebelum melabuhkan punggung ke katil, teringat aku peristiwa selepas sahaja pulang dari masjid. Malam itu seorang ustaz menekankan soal solat, bagaimana pentingnya solat termasuk cara-cara bersolat.
"Tuan guru nie ketinggalan zaman", bisik seorang kawan disebelahku. Aku cuma tersenyum. Kawan itu berpelajaran tinggi juga, kerja berpangkat dan dianggap kawasan setempat sebagai golongan intelektual.
"Bila datang mengajar, lagi-lagi soal sembahyang", rugut kawan itu lagi. "Tukarlah tajuk lain pulak.. bagaimana nak mencapai kemajuan dalam pelajaran ke ekonomi ke..".
Sebentar kemudian tuan guru bersuara lagi :"Orang-orang yang memenuhi ibadah lima waktu, imannya terhindar dari gejala maksiat. Jika umat Islam bersolat dalam ertikata sebenar-benarnya, umat Islam pasti akan maju".
"Betul jugak", kata hati kecilku tatkala melihat kawanku tadi terus gelisah. Ternyata dia benar-benar bosan dengan syarahan tok guru tadi.
Sambil mata aku terpejam dibuai mimpi, aku masih teringat kata-kata akhir tok guru malam itu. "Kalau betul-betul mahu mencapai apa jua kemajuan pembangunan dalam segala aspek, lebih dahulu umat Islam mestilah menegakkan 'tiang agama' iaitu sembahyang!".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...